Thursday, 22 June 2023

PETUA HILANGKAN JERAGAT DENGAN BERKESAN DI USIA 30 AN

 Assalamualaikum wbt.

Hai semua.

Wanita yang berusia 30 tahun ke atas pasti risau dengan dengan keadaan dan kesihatan kulit muka masing-masing Kan. 

Paling tak suka kalau ada JERAGAT. Memang menakutkan kalau tersalah buat rawatan tau. Wanita yang kerap terkena cahaya matahari berisiko tinggi untuk dapat jeragat.

Susah nak hilangkan kalau dibiarkan jeragat itu terlalu lama dan tanpa rawatan yang sesuai serta berkesan.

Entri kali ini saya nak berkongsi petua hilangkan jeragat dengan berkesan terutama kepada wanita yang berusia 30 ke atas.

Apa itu jeragat?

Jeragat atau hyperpigmentation adalah situasi yang boleh berlaku apabila lapisan kulit yang dinamakan epidermis mengeluarkan banyak sel melanin. Melanin ni adalah yang memberi warna gelap kepada kulit.

Sel melanin ini boleh jadi aktif disebabkan banyak faktor. Salah satu punca utama adalah cahaya matahari, sinar UVA pada waktu tengah hari ke petang.

Bahaya ya kerap terdedah kepada cahaya matahari.

Sejarah keluarga yang sudah mempunyai masalah jeragat juga boleh menjadi Salah satu faktor.

Petua hilangkan dengan berkesan:

1. Sentiasa pastikan kulit muka sentiasa lembab. 

Jeragat akan mudah berlaku apabila kulit muka berada dalam keadaan kering. Pastikan anda sentiasa lembabkan muka dengan pelembab setiap hari. 

Jangan skip ya. Pakai pelembab pada waktu Siang dan Malam sebelum tidur tanpa gagal. Ini rahsia utama.

2. Amalkan suplimen yang tinggi kandungan protin Yang berkualiti seperti ESP Shaklee.

Pengambilan protin yang cukup dan berkualiti akan membantu menghasilkan kulit baru yang lebih sihat dan cantik. Protin juga bantu untuk lembabkan kulit sekali gus mempercepatkan proses rawatan jeragat.

3. Amal suplimen yang tinggi antioksidan untuk mencegah keradangan kulit.

Suplimen Vivix dan resV shaklee mempunyai kandungan antioksidan Yang sangat tinggi kerana mempunyai polyphenol. 

Antioksidan ni memang popular untuk mencantikkan kulit daripada dalaman. Pulihkan kulit daripada dalam, kulit luaran pun akan dapat kesan.

4. Pakai sunscreen setiap hari.

Jangan malas pakai sunscreen atau krim pelindung cahaya matahari. Nak kulit cantik tiada masalah ketika Makin berusia, wajib mula pakai sunscreen seawal Yang boleh dan jangan skip.

Kulit pasti akan bebas daripada masalah jeragat. IndyaAllah.

Ok, saya sudah kongsikan petua hilangkan jeragat dengan berkesan secara luaran dan dalaman.

Jangan hanya bergantung kepada rawatan krim luaran semata-mata sahaja ya, pulihkan juga jeragat secara dalaman dengan amalkan suplimen yang boleh membantu hilangkan jeragat dengan berkesan seperti yang di atas tadi.

Jangan tunggu teruk baru hendak bertindak kerana jeragat boleh menyebar bertompok-tompok di seluruh muka.

Jika berminat untuk tahu lebih lanjut set jeragat Shaklee, boleh terus hubungi saya. 






Sunday, 18 June 2023

AMALAN GAYA HIDUP SIHAT WANITA 30 AN

Assalamualaikum wbt.

Hai semua.

 Entri kali ini saya akan berkongsi bagaimana amalan gaya hidup sihat untuk wanita berumur 30 an dan ke atas.

Pasti semua wanita nak cantik, glowing, kulit sihat, ceria dan sihat kan?

Biar umur meningkat, tapi stamina dan badan tetap maintance muda remaja gitu.

Boleh ke macam tu?

Boleh tau, bak kata orang  penuaan tu bergerak perlahan atau melambatkan proses penuaan.

Macam mana tu?

Ini dia amalan yang boleh buatkan anda semakin hari semakin sihat dan awet muda. 

1. Dapatkan tidur yang berkualiti (Cuba tidur awal selepas solat isya' kalau tidak ada tugasan/kerja Yang mendesak).

Tidur awal dan berkualiti ni sangat penting jika ada masalah alahan/eczema . Sebab tidur akan Membantu dalam proses penyembuhan.

2. Rajin bersenam macam morning walk pun bagus. Jalan kaki di awal pagi ambil udara Segar.

3. Berada dalam circle yang positif. Biar tak ramai circle yang kita ada, janji berkualiti.

Tidak perlu fikir perkara-perkara Yang tidak penting untuk diri kita. Gosip, mengumpat tingal-tinggalkan. Umur kita pun Makin lama Makin tinggal sedikit, gunakan dengan sebaiknya.

4. Self love dan self care. Jaga diri dan sayangi diri selayaknya apa yang telah Allah pinjamkan badan kita untuk dirawat dengan baik.

Jaga pemakanan, jaga gaya hidup. Jaga pemikiran.

5.  Amalkan suplimen yang sesuai dan betul. Badan dan organ kita juga akan ikut menua seiring usia kita. Ada yang dah mula sakit lutut dan sebagainya.

Amalkan suplimen yang ada banyak antioksidan dan polifenol seperti jus vivix dan res-V Shaklee.

Manfaat polifenol dan antioksidan yang tinggi dalam vivix dan res -V mampu membaiki dan menembudi ke tahap DNA badan.

Memang wow Kan. Hasilnya badan bertenaga, kulit licin awet muda dan hormon pun maintance bagus.

Orang perempuan nak sihat muda remaja, wajib kena jaga hormon tau.

Maka, amalkan suplimen setiap hari. 

6. Jaga kesihatan kulit dengan rutin penjagaan kulit dengan produk yang betul.

Gunakan produk yang tidak menggunakan bahan kimia yang merbahaya.  

Cuba amalkan setiap hari, dan rasai sendiri perubahannya.

Belum terlambat untuk mulakan sekarang, semoga tubuh badan yang sihat akan menjadi milik Kita semua. InsyaAllah.

Dengan tubuh badan yang sihat, banyak perkara yang Kita boleh berikan kepada orang lain dalam bentuk perkhidmatan, bantuan kewangan dan lain-lain.

Juga yang paling utama, beribadah kepada Allah SWT. 

Semoga Kita semua sihat!


Tuesday, 13 June 2023

PENGEDAR SHAKLEE KAWASAN UTARA, KEDAH (POKOK SENA, CHANGLOON)

 Assalamualaikum wbt.

Hai semua.

Dalam entri kali ini saya akan berkongsi cerita saya sebagai seorang ahli dan pengedar kepada produk Shaklee.

Bagi yang belum kenal, saya merupakan seorang guru sepenuh masa dan juga pada masa yang sama aktif dalam bisnes Shaklee. 

Tak kenal maka tak tahu.

Sebab apa saya suka dengan bisnes dan produk Shaklee? Sebab bagus sangat produk Shaklee ni. Sistem bisnesnya bagus dan produknya sangat berkualiti. Saya bermula pada tahun 2014. Sudah agak lama juga la kan.

Untuk pengetahuan semua, saya ini pengedar Shaklee kawasan utara, Kedah tau. Asal pun memang orang Kedah.

Orang Kedah yang nak cari suplimen boleh roger-roger saya ya.

Yang jauh saya akan hantar melalui khidmat penghantaran secara pos. Saya pos produk ke seluruh Malaysia juga tau.

Orang Kedah yang nak mula buat bisnes pun boleh sebab modal sangat rendah RM35 sahaja iaitu yuran keahlian.

Saya sekarang tengah mencari ahli bisnes baharu untuk team saya, kalau berminat boleh sangat tau.

Terbuka untuk semua Yang berumur 18 tahun ke atas.


Cakap dialek Kedah sikit ya. πŸ˜…

Alhamdulillah, saya nak berkongsi dengan hampa mengenai πŸ‘‡

1. apa Yang bestnya bila jadi ahli Shaklee? 

2. apa Yang Shaklee bagi bila dah berbisnes?

Saya memang pengguna setia shaklee sejak zaman study dulu sehinggalah sekarang. Shaklee lovers gitu ❣️

Saya dahulu bukanlah terlalu jenis mementingkan "brand" ataupun jenama sesuatu produk. Yang penting bagi saya ianya halal, berkualiti, selamat dan berkesan.  

Tapi, rupa-rupanya pemilihan brand pun sangat penting tau hampa. Shaklee memenuhi kesemua ciri-ciri Yang saya nak di atas tadi, ada dalam produk Shallee. Penghasilan sesuatu produk Yang sangat teliti dan ada kajian daripada syarikat ketiga. Wah ini Yang bestπŸ‘

Shaklee ada pakar nutrisi dan saintis untuk mengkaji sesuatu produk.

Ok, Kita terus ja na satu-satu. Bermula dengan hanya RM35, anda akan dapat banyak manfaat-manfaat seperti iniπŸ‘‡

Apa shaklee bagi kepada ahli dan yang berbisnes?

✅Harga keahlian Yang lebih murah 20-25%

✅Dapat bonus sekiranya hampa buat pembelian cukup 150 point.

✅Ada disediakan program/kelas kesedaran kesihatan produk secara percuma.(dapat ilmu nutrisi)

✅Dapat upgrade kesihatan diri dan famili

✅Peluang untuk Jana pendapatan (terbuka kepada semua ahli)

✅Untung runcit sehingga 25% (Yang berminat bisnes-paling tinggi tau)

✅Dapat insentif kereta (Yang berminat bisnes)

✅ Trip percuma international Dan regional bagi Yang minat nak buat bisnes. 

Semua ni bermula hanya RM35 sahaja hampa!! ☺️


Norismalina AH

Pengedar Shaklee Kedah 






Thursday, 8 June 2023

TESTIMONI CARA ATASI DAN PULIHKAN MASALAH RESDUNG


Assalamualaikum wbt.

 Hai semua.

Dalam entri kali ini, saya akan berkongsi testimoni shaklee diri sendiri. 

Saya mengalami masalah resdung Yang agak teruk, jenis alah kepada habuk, bulu kucing dan debu-debu kotoran.  

Kisahnya bermula begini, Kita kembali ke lima tahun terdahulu πŸ˜‰. Ceewah

Saya kerap mengalami gejala-gejala resdung seperti kerap bersin, gatal Mata hidung, hidung tersumbat berair, jerawat dan sakit kepala pada setiap pagi. 

Hampir setiap hari terpaksa tempuh situasi yang sama. Nak tercabut hidung rasa perit akibat luka dan menggelupas oleh sebab kerap lap hidung dengan menggunakan tisu. 

Paling sadis lagi, suka main dengan kucing tapi alah terhadap bulu haiwan. Tapi oleh kerana sayangkan kucing, relakan jugaklah walau terpaksa sakit hahaha!

Percaya atau tidak, berkotak-kotak tisu boleh habis tau sebab berhingus punya pasal! Emosi pun terganggu, nak bercakap dan bersosial dengan orang lain pun tiada mood!

Sehinggalah saya beli dan amal set resdung Shaklee vitamin C ,Alfafa dan esp. Alhamdulillah, seminggu pertama dah terasa kesan hidung dah tak bersin.

Ada habuk bulu haiwan pun masih boleh steady lagi. Kiranya Makin selesa sebab saya juga menjaga pemakanan dan aktiviti harian yang lain seperti tidur awal juga sangat membantu.

Baiki Kita punya sistem usus dan perut dahulu. InsyaAllah, Yang lain boleh dikawal. Selain itu, saya juga akan elakkan beberapa makanan yang boleh tingkatkan kadar histamin dalam badan.

Paling best, waktu pagi sudah tidak berhingus dan bersin seperti sebelum ini. Hanya yang sudah mengalami yang tahu berapa leganya dan puas hati! Memang sangat berbaloi, rugi tak kenal set resdung ni awal-awal dulu.

Selain hidung asyik berhingus di waktu pagi. Saya juga mengalami masalah ini.

HIDUNG TERSUMBAT TAK BOLEH TIDUR,BERSIN SAMPAI SAKIT KEPALA 

Begitulah keadaannya bila saya dah mula start engine, apa lagi, hachum hachum sampai rumah jiran sebelah dengaq tau. rumah kat kampung kan dekat-dekat. Kalau bersin macam tu sekali ha depa dah tau saya balik kampung. haha. malu oi 

kadang sampai tak tahan, pergi beli jugak ubat alahan kat farmasi/klinik. ubat putih tu kan. telan-telan sat sahaja berhenti hidung berhingus tu. 

Tapi tu sementara jela. hilang ubat ha mula balik. adududu

Orang yang ada alahan resdung tau la seksanya oi. pagi2 hidung beringus tersumbat. Kita nak pi kerja pun rasa tak confident kan.  Lagi teruk, bila hidung tersumbat waktu malam. adoi nak tido tak lena. bernafas ikut mulut sahaja. Bangun pagi jadi zombi penat. 

Tapi itu dulu tau. sekarang ni ada banyak rawatan moden untuk rawat alahan resdung tu. 

Saya sekarang ni habuk lalu depan hidung pun boleh lagi maintance cool.haha cewah. 

sakit kepala pun dah jarang sangat-sangat dah, kecuali nasa tertentu sahaja. Allhamdulillah k.ina amal rawatan moden ni.

rawatan moden shaklee ;)

Saya guna SET RESDUNG SHAKLEE

1. VITAMIN C

2. ALFAFA

3. ESP





Inilah ShakleeEffect saya! Terima kasih Shaklee. 

Berminat untuk dapatkan set RESDUNG, boleh klik link ini πŸ‘‡

www.wasap.my/60194668561

Monday, 5 June 2023

MULTIVITAMIN SHAKLEE BERWAJAH BAHARU MEMBANTU MEMENUHI KEPERLUAN NUTRISI PENTING

 Assalamualaikum wbt.

Hai semua.



Adalah rakyat Malaysia mengambil multivitamin Yang mencukupi setiap hari?

Hasil kajian nutrisi Yang diambil oleh golongan dewasa di Malaysia pada tahun 2014 telah menunjukkan bahawa peratusan individu yang mengambil saiz hidangan harian seperti yang disyorkan rata-ratanya adalah melebihi 50 peratus ke atas. 

Hal ini menunjukkan bahawa kebanyakan rakyat Malaysia tidak mengambil makanan Yang Kaya dengan vitamin dan mineral yang mencukupi.

Apalah kesan kekurangan sumber mikronutrien?

Jari berasa kebas dan kadar denyutan jantung tidak normal ada kaitan dengan kekurangan sumber kalsium.

Masalah tulang dan perubahan mood/emosi yang tidak menentu adalah tanda kepada kurangnya vitamin D.

Masalah lesu, sesak nafas, sejuk pada tangan Dan kaki serta kuku rapuh merupakan petanda kekurangan zat besi.

Kebaikan mengambil multivitamin setiap hari?

1. Mengurangkan risiko jurang kekurangan sumber nutrisi dalam badan.

2. Menambah baik mood/emosi

3. Meningkatkan tahap tenaga.

4. Mengurangkan tekanan dan kebimbangan.

Jom amalkan multivitamin shaklee yang baharu, vita-lize. Dahulu dikenali dengan vitalea. 

Apa Yang best dengan multivitamin vita-lize ni?

Setiap hidangan membekalkan 25 jenis vitamin dan mineral penting.

Dua tablet vita-lize membekalkan 600 mcg asid folik dan vitamin B.

Ya, dua tablet sehari diambil bersama makanan.  Makanan pun kena makan ya, jangan tak makan πŸ˜…

Tak tahu nak makan vitamin yang mana satu?

Boleh mulakan dengan makan multivitamin vita-lize shaklee ini. Semua keperluan vitamin Yang badan perlukan memang akan cukup. 

Jom dapatkan segera! 



Saturday, 3 June 2023

BAGAIMANA MEMBINA KEYAKINAN DIRI

 Assalamualaikum wbt.

Hai semua.


Entri kali ini saya nak berkongsi kata-kata motivasi Yang selalu saya guna atau terapkan dalam diri dan para pelajar saya.  Bagaimana membina keyakinan diri terutama apabila hendak bercakap di depan orang ramai.

Ya, saya pasti semua orang tahu bercakap. Tetapi, sejauh manakah percakapan tersebut mampu atau tidak memberi kesan baik dan bermakna kepada orang lain khususnya orang yang mendengar.

Semua orang akan bermula dengan kosong, tidak belajar dan mencuba untuk bertindak. Pastinya belum dapat pengalaman kan.

Apa  itu  keyakinan diri?

Pastinya ianya bermula dengan Cara Kita mengenal diri sendiri terlebih dahulu.

Keyakinan diri ni berkait rapat dengan empat perkara,

1. Feeling of security

2.  Identity

3. Sense of belonging (boleh merasai)

4. Feeling of competence (tahu bakat/kelebihan masing-masing)

Keyakinan diri adalah bagaimana Kita melihat imej diri sendiri. Tak perlu kepada penilaian orang terhadap diri. Kita yang tentukan berapa tinggi nilai kita.

Ibaratnya, orang yang berani mencuba pasti ada pengalaman. Orang yang mencuba, akan ada 2 result iaitu berjaya atau gagal. Tapi sebaliknya, orang yang takut mencuba, hasilnya cuma satu.

 Hanya gagal.

Gagal sebelum melakukan perkara tersebut. Padahal mungkin peluangnya untuk berjaya sangat tinggi. Tetapi akibat ketakutan menguasai diri, berada dalam keadaan sentiasa gagal.

Nak nampak yakin,

- kena explore bakat sendiri.

- Keyakinan berkait dengan harga diri

- mempunyai imej yang positif

Kehidupan Kita sendiri sudah tentunya sangat meletihkan, lagi letih kalau Kita asyik berfikir tentang apa orang lain fikirkan ataupun yang tidak perlu Kita fikir, Kita fikir. 

Kita menjadi over thinking. Penat.

Nak mengharungi dunia fatamorgana, lebih lagi akhir zaman Yang wujudnya pelbagai pandangan dan fikiran. sebaiknya sentiasa raikan pandangan yang berbeza. 

"Dunia dan segalanya bersifat sementara. Hadapilah yang sementara dengan sederhana. Tidak ada yang kesusahan dan kesenangan abadi di sini. Di sini bukan syurga dan di sini juga bukan neraka!"

Pahrol Muhammad juoi

Bercakap bila perlu. Diam itu indah.

"Be confident", sangat perlu!

Tapi harus berhati-hati usah over confident, kerana perlakuan over confident akan merisiko kan diri untuk terlihat jahil. 

Jika tiada keyakinan, Kita tidak menikmati kehidupan sebab asyik tersinggung dengan kata-kata dan perlakuan orang.

Kata ibnu taimiyah, sesiapa yang tidak boleh masuk atau nikmati syurga dunia, tak boleh masuk ke syurga akhirat.

Apa-apa pun, Perlu ada keseimbangan.

Keyakinan tidak boleh terlalu rendah, tidak boleh juga over confident.

Seimbang.

Persoalannya, bagaimana nak bina Keyakinan diri?

✅ kena ada dan betulkan "belief system" iaitu taqwa. Tahu tujuan semuannya menghala kepada redha Allah.

✅ Dalaman kita, Iman taqwa

✅ Amalan hati (rohani)


Apa belief system seorang mukmin?

✅ mencari redha Allah

✅  yakin pada janji-janji Allah

✅ Nak sampai ke tahap meyakini dengan janji-janji Allah ni perlukan kepada pengalaman ataupun turun naiknya kehidupan sendiri. 

Contohnya: orang hanya ada duit RM50 dalam poket pada Bulan tersebut untuk beli makanan , tiba-tiba datang peminta sedekah. Dia beri sebahagiannya dengan yakin pasti Allah tolong berikan rezeki Yang lain.

Belief system terbina bukan dalam keadaan sekelip Mata, tapi proses Yang berterusan. 

1. Al fikru

Boleh tafsir dan memilih yang baik

2. Al wijdan

Respon yang betul, emosi suka, benci, menerima, menolak pada waktu yang sepatutnya.

3. Al iradah

Membentuk keinginan yang menghasilkan tindakan.

pancaindera ada lima adalah alat yang berfungsi untuk menangkap sesuatu yang ada dan dimasukkan ke dalam akal fikiran.

Ubah mindset/ ubah belief system. Baru datang yakin!

Keyakinan diri proses yang berterusan, bukan terjadi dalam sekelip Mata. 

Tak yakin bercakap depan orang ramai, maka kena lagi kerap bercakap jika ada peluang.

Tak yakin bagi pendapat, maka kena kerap bagi pendapat. Terima atau tidak, tidak mengapa.


Friday, 26 May 2023

MUDAHNYA RENEW KEAHLIAN DENGAN SHAKLEE

 Assalamualaikum wbt.

Hai semua.


Pada entri kali ini saya akan berkongsi cara mudah untuk renew membership shaklee atau perbaharui keahlian shaklee anda.

Aha boleh dah tengok dan ingat bilakah tarikh keahlian anda tamat, boleh tanya pengedar masing-masing. Biasanya kena renew keahlian setiap kali tarikh lahir masing-masing tau dalam sistem.

Bukannya apa, Shaklee nak pastikan anda masih aktif atau sudah tidak lagi aktif dan sebagainya. Kiranya seperti kena update la tanda anda Masih dan mahu aktif sebagai ahli shaklee.

Dengan hanya satu Cara sahaja, keahlian anda dah renew. 

Menarik kan.


Yang belum daftar keahlian pun boleh daftar juga tau, hanya RM35 sahaja. 

Ok, daftar pun sangat murah dan nak renew membership pun mudah. 

Ini cara nak renew membership bagi yang sudah expired tu.

Caranya, anda hanya perlu membuat pembelian mana-mana produk Shaklee walaupun satu barang sahaja dan automatik membership anda akan terus renew dalam sistem.

Ya mudah kan. Percayalah, hanya semudah itu sahaja untuk renew membership shaklee tau.

Tapi pastikan jangan lebih daripada tempoh enam bulan lah daripada tarikh keahlian tamat. Jika lebih daripada tempoh tersebut, anda perlu membuat pendaftaran baru dengan yuran RM35 seperti biasa.

Apa tunggu lagi, jom renew membership sekarang. Rugi tau tak renew, banyak promosi menarik sekarang ini.

Nak daftar ahli shaklee? πŸ‘‡

www.wasap.my/60194668561


Followers