Friday 26 May 2023

MUDAHNYA RENEW KEAHLIAN DENGAN SHAKLEE

 Assalamualaikum wbt.

Hai semua.


Pada entri kali ini saya akan berkongsi cara mudah untuk renew membership shaklee atau perbaharui keahlian shaklee anda.

Aha boleh dah tengok dan ingat bilakah tarikh keahlian anda tamat, boleh tanya pengedar masing-masing. Biasanya kena renew keahlian setiap kali tarikh lahir masing-masing tau dalam sistem.

Bukannya apa, Shaklee nak pastikan anda masih aktif atau sudah tidak lagi aktif dan sebagainya. Kiranya seperti kena update la tanda anda Masih dan mahu aktif sebagai ahli shaklee.

Dengan hanya satu Cara sahaja, keahlian anda dah renew. 

Menarik kan.


Yang belum daftar keahlian pun boleh daftar juga tau, hanya RM35 sahaja. 

Ok, daftar pun sangat murah dan nak renew membership pun mudah. 

Ini cara nak renew membership bagi yang sudah expired tu.

Caranya, anda hanya perlu membuat pembelian mana-mana produk Shaklee walaupun satu barang sahaja dan automatik membership anda akan terus renew dalam sistem.

Ya mudah kan. Percayalah, hanya semudah itu sahaja untuk renew membership shaklee tau.

Tapi pastikan jangan lebih daripada tempoh enam bulan lah daripada tarikh keahlian tamat. Jika lebih daripada tempoh tersebut, anda perlu membuat pendaftaran baru dengan yuran RM35 seperti biasa.

Apa tunggu lagi, jom renew membership sekarang. Rugi tau tak renew, banyak promosi menarik sekarang ini.

Nak daftar ahli shaklee? 👇

www.wasap.my/60194668561


Sunday 21 May 2023

MAKAN VITAMIN PERCUMA DENGAN CASH REBATE SHAKLEE

 Assalamualaikum wbt. 

Hai semua.

Dalam entri kali ini saya akan berkongsi cara untuk makan vitamin PERCUMA DENGAN cash rebate shaklee tau. 

Mesti berbaloi dan menjimatkan duit sendiri apabila barang yang Kita perlukan boleh dapat dengan percuma sahaja tanpa keluarkan modal duit poket sendiri. 

Bijak tak? Hendak hidup di zaman serba maju dan kos Sara hidup yang semakin mahal begini memang kena pandai buat kira-kira. Apa sahaja yang boleh dijimatkan dan menambahkan pendapatan memang kena rebut awal.

Vitamin sudah menjadi suatu keperluan kita tau sekarang, memandangkan gaya hidup kita sebagai rakyat Malaysia berisiko cenderung terdedah kepada persekitaran yang tercemar, makanan dan gaya hidup  yang tidak sihat.

Jadi, semestinya perlukan bajet yang cukup makanan atau vitamin kesihatan. 

Biasanya orang cakap makanan-makanan sihat dan vitamin yang bagus-bagus ni mahal. 

Tuan-tuan dan puan-puan, makanan sihat seperti buah-buahan, sayur-sayuran organik (makanan sebenar) yang sihat memang sedikit Mahal kerana kualitinya sangat tinggi tidak setanding dengan makanan proses. Nutrisinya apatah lagi, jauh lebih tinggi.

Namun, ada caranya untuk dapat konsisten makan vitamin secara percuma setiap bulan tanpa tertinggal akibat tidak cukup duit.

Jom saya kongsi.

Cash rebate tu apa?

Cash rebate ini adalah pulangan bonus dalam bentuk duit sambil membeli barang shaklee, boleh dapat duit bonus tau. Semua ahli shaklee yang berdaftar layak untuk dapat cash rebate, asalkan membeli produk shaklee dan telah mendaftar keahlian shaklee.

Selepas anda mendaftar sebagai ahli shaklee, anda akan dapat atau diberi nombor keahlian (ID) dan password masing-masing untuk membuat pembelian produk di website. Barulah boleh shopping sakan kan.

Mudah kan. Tak perlu tunggu buat bisnes pun sudah boleh dapat cash rebate selepas beli produk. Ahli biasa sehingga yang buat bisnes shaklee semuanya layak dapat pulangan bonus ini.

Ini contohnya cash rebate yang ahli shaklee dapat setelah membuat pembelian produk, ada yang beli vitamin untuk makanan sendiri pun boleh dapat.

Apatah lagi cash rebate atau bonus  ahli shaklee yang berbisnes. Mesti lagi banyak bergantung jumlah pembelian.

Banyaklah vitamin PERCUMA yang boleh di makan setiap bulan kan. Wah seronoknya.


Ada yang cash rebate RM100 hingga boleh meningkat menjadi 4 angka pun ada tau. Semuanya memang layak dapat sekiranya memenuhi syarat dibawah.


Inilah syaratnya, dalam jadual di atas ada peringkat-peringkat peratus cash rebate tau. Mudah untuk Kita rujuk dan nak kira berapa cash rebate yang Kita nak target dan boleh dapat sekiranya sudah membeli produk shaklee.

Setiap produk shaklee ada jumlah point UV nya masing-masing tau. Contoh vitamin c shaklee, point UV 22. Jadinya, kiraan jumlah point UV setiap produk yang kita beli akan menentukan berapa peratus atau diperingkat mana layak dapat cash rebate.

Ya, anda layak dapat cash rebate bermula point UV 150 iaitu 5% dan paling banyak 3000 point UV iaitu 21%.

Biasanya, upline anda yang akan membantu untuk buat pengiraan point UV dan cash rebate yang layak anda dapat sekiranya cukup syarat seperti di dalam jadual.

Tak susah pun. Hanya hubungi upline (pengedar shaklee yang anda daftar keahlian), insyaAllah selesai.

Dapat cash rebate, dapatlah guna duit tersebut guna untuk beli vitamin shaklee semula tanpa guna duit poket sendiri. 

Nak lagi menarik, anda menjadi pengedar dan mengambil order vitamin daripada ahli keluara, kawan-kawan dan sedara terdekat. Bolehla kumpul-kumpul order dan sekiranya pembelian banyak. Cash rebate pun akan banyak. 

Jadi apa tunggu lagi, jom daftar ahli shaklee sekarang bersama saya hanya RM35.

www.wasap.my/60194668561

Atau dengan membuat pembelian produk shaklee sebanyak RM300 ke atas, boleh dapat percuma keahlian.





Tuesday 16 May 2023

BAGAIMANA NAK KEKAL SIHAT DENGAN SET HELLO NEW YOU SHAKLEE


 Assalamualaikum wbt.
Salam syawal.

Dalam entri kali ini saya akan berkongsi bagaimana nak kekal sihat dengan set Hello New You Shaklee. Memang berbaloi tau, seperti kita re-new atau reset badan kita kepada yang lebih baik.

Jadilah new you kan. Dari sudut kesihatannya lah.

Dalam set Hello New You ini ada empat suplimen iaitu herblax, lecithin, cinch shake dan omega guard. Kesemua suplimen ini ada fungsi dan peranan yang berbeza kepada tubuh badan kita. 

Bagaimana keempat suplimen ini boleh membantu kekalkan kesihatan badan kita?

1. Cinch shake

Cinch shake ini dihasilkan daripada Sumber soya non-GMO yang berkualiti tinggi. Badan kita sangat perlukan Sumber protin yang banyak dan berkualiti setiap hari untuk melancarkan proses penyembuhan kulit dan kesihatan badan.

Sangat bagus untuk orang yang mempunyai gula dalam darah yang tinggi kerana cinch shake mempunyai kadar glisemik Indeks yang rendah. Sangat selamat untuk diminum oleh sesiapa sahaja yang ingin menjaga tahap gula yang rendah dan normal.

Cinch shake akan membekalkan tenaga Yang lebih dan berpanjangan. Ini kerana kadar kandungan protin yang tinggi. 

Selain itu, cinch shake membantu untuk membina otot yang lebih tegap dan tidak gelebeh.

2. Omega guard

Omega guard membantu untuk Mengurangkan keradangan dalam badan, menurunkan kolesterol jahat (LDL) dan menyokong peredaran darah yang sihat.

Membantu membakar lemak dengan lebih cepat selepas makan. Omega guard adalah suplimen yang berbentuk kapsul dan mudah untuk ditelan.

3. Lecithin

i- Lecithin dapat membantu menguruskan badan bagi yang hendak kurus.

ii- Bantu untuk mengurangkan sembelit.

iii- Sangat berkesan untuk masalah kolesterol.

iv- Menguatkan memori dan daya ingatan.

4. Herblax

Herblax berfungsi untuk melawaskan pembuangan air besar dan mengurangkan sembelit.

Selain itu, herblax juga berfungsi untuk membersihkan usus dengan lembut dan tidak pedih seperti julap.

Boleh dapatkan dengan segera ya, sementara masih ada harga promosi dan selagi masih ada stok.

Kesihatan adalah keperluan dan tanggungjawab kita.

Boleh terus klik link ini 👇









Wednesday 10 May 2023

SAMBUTAN HARI RAYA DI SEKOLAH GAYA CIKGU-CIKGU


Assalamualaikum wbt.
Salam syawal.





Alhamdulillah, saya dan guru-guru yang lain sambut hari raya open house sakan di sekolah. Lagi meriah apabila disambut sekali dengan para pelajar.

Pelbagai juadah dan gaya baju mewarnai suasana, ada lemang ketupat, rendang, kuih raya,  laksa, soto dan banyak jenis lagi menu.

Menu makanan ditempah khas untuk para guru dan pelajar,  ada juga pelajar serta guru bawa daripada rumah. 

Alhamdulillah sedap dan kenyang! 😄
Semua hidangan sempat rasa kali ini. 

Saya pasti masih ada lagi yang buat majlis jamuan raya  untuk meraikan sanak saudara. Waktu sebeginilah Kita akan ambil kesempatan untuk eratkan silaturahim.

Tetapi pemakanan kena di jaga tau walaupun raya, makanan dan minuman yang manis-manis perlu dikawal dan elak untuk kesihatan yang berpanjangan.

Bagi saya, gabungan penjagaan kesihatan bermula daripada amalan pemakanan yang betul, senaman yang konsisten dan amalan suplimen yang betul.


Cikgu-cikgu yang riang ria 😆

 

Followers