Thursday 22 June 2023

PETUA HILANGKAN JERAGAT DENGAN BERKESAN DI USIA 30 AN

 Assalamualaikum wbt.

Hai semua.

Wanita yang berusia 30 tahun ke atas pasti risau dengan dengan keadaan dan kesihatan kulit muka masing-masing Kan. 

Paling tak suka kalau ada JERAGAT. Memang menakutkan kalau tersalah buat rawatan tau. Wanita yang kerap terkena cahaya matahari berisiko tinggi untuk dapat jeragat.

Susah nak hilangkan kalau dibiarkan jeragat itu terlalu lama dan tanpa rawatan yang sesuai serta berkesan.

Entri kali ini saya nak berkongsi petua hilangkan jeragat dengan berkesan terutama kepada wanita yang berusia 30 ke atas.

Apa itu jeragat?

Jeragat atau hyperpigmentation adalah situasi yang boleh berlaku apabila lapisan kulit yang dinamakan epidermis mengeluarkan banyak sel melanin. Melanin ni adalah yang memberi warna gelap kepada kulit.

Sel melanin ini boleh jadi aktif disebabkan banyak faktor. Salah satu punca utama adalah cahaya matahari, sinar UVA pada waktu tengah hari ke petang.

Bahaya ya kerap terdedah kepada cahaya matahari.

Sejarah keluarga yang sudah mempunyai masalah jeragat juga boleh menjadi Salah satu faktor.

Petua hilangkan dengan berkesan:

1. Sentiasa pastikan kulit muka sentiasa lembab. 

Jeragat akan mudah berlaku apabila kulit muka berada dalam keadaan kering. Pastikan anda sentiasa lembabkan muka dengan pelembab setiap hari. 

Jangan skip ya. Pakai pelembab pada waktu Siang dan Malam sebelum tidur tanpa gagal. Ini rahsia utama.

2. Amalkan suplimen yang tinggi kandungan protin Yang berkualiti seperti ESP Shaklee.

Pengambilan protin yang cukup dan berkualiti akan membantu menghasilkan kulit baru yang lebih sihat dan cantik. Protin juga bantu untuk lembabkan kulit sekali gus mempercepatkan proses rawatan jeragat.

3. Amal suplimen yang tinggi antioksidan untuk mencegah keradangan kulit.

Suplimen Vivix dan resV shaklee mempunyai kandungan antioksidan Yang sangat tinggi kerana mempunyai polyphenol. 

Antioksidan ni memang popular untuk mencantikkan kulit daripada dalaman. Pulihkan kulit daripada dalam, kulit luaran pun akan dapat kesan.

4. Pakai sunscreen setiap hari.

Jangan malas pakai sunscreen atau krim pelindung cahaya matahari. Nak kulit cantik tiada masalah ketika Makin berusia, wajib mula pakai sunscreen seawal Yang boleh dan jangan skip.

Kulit pasti akan bebas daripada masalah jeragat. IndyaAllah.

Ok, saya sudah kongsikan petua hilangkan jeragat dengan berkesan secara luaran dan dalaman.

Jangan hanya bergantung kepada rawatan krim luaran semata-mata sahaja ya, pulihkan juga jeragat secara dalaman dengan amalkan suplimen yang boleh membantu hilangkan jeragat dengan berkesan seperti yang di atas tadi.

Jangan tunggu teruk baru hendak bertindak kerana jeragat boleh menyebar bertompok-tompok di seluruh muka.

Jika berminat untuk tahu lebih lanjut set jeragat Shaklee, boleh terus hubungi saya. 






Sunday 18 June 2023

AMALAN GAYA HIDUP SIHAT WANITA 30 AN

Assalamualaikum wbt.

Hai semua.

 Entri kali ini saya akan berkongsi bagaimana amalan gaya hidup sihat untuk wanita berumur 30 an dan ke atas.

Pasti semua wanita nak cantik, glowing, kulit sihat, ceria dan sihat kan?

Biar umur meningkat, tapi stamina dan badan tetap maintance muda remaja gitu.

Boleh ke macam tu?

Boleh tau, bak kata orang  penuaan tu bergerak perlahan atau melambatkan proses penuaan.

Macam mana tu?

Ini dia amalan yang boleh buatkan anda semakin hari semakin sihat dan awet muda. 

1. Dapatkan tidur yang berkualiti (Cuba tidur awal selepas solat isya' kalau tidak ada tugasan/kerja Yang mendesak).

Tidur awal dan berkualiti ni sangat penting jika ada masalah alahan/eczema . Sebab tidur akan Membantu dalam proses penyembuhan.

2. Rajin bersenam macam morning walk pun bagus. Jalan kaki di awal pagi ambil udara Segar.

3. Berada dalam circle yang positif. Biar tak ramai circle yang kita ada, janji berkualiti.

Tidak perlu fikir perkara-perkara Yang tidak penting untuk diri kita. Gosip, mengumpat tingal-tinggalkan. Umur kita pun Makin lama Makin tinggal sedikit, gunakan dengan sebaiknya.

4. Self love dan self care. Jaga diri dan sayangi diri selayaknya apa yang telah Allah pinjamkan badan kita untuk dirawat dengan baik.

Jaga pemakanan, jaga gaya hidup. Jaga pemikiran.

5.  Amalkan suplimen yang sesuai dan betul. Badan dan organ kita juga akan ikut menua seiring usia kita. Ada yang dah mula sakit lutut dan sebagainya.

Amalkan suplimen yang ada banyak antioksidan dan polifenol seperti jus vivix dan res-V Shaklee.

Manfaat polifenol dan antioksidan yang tinggi dalam vivix dan res -V mampu membaiki dan menembudi ke tahap DNA badan.

Memang wow Kan. Hasilnya badan bertenaga, kulit licin awet muda dan hormon pun maintance bagus.

Orang perempuan nak sihat muda remaja, wajib kena jaga hormon tau.

Maka, amalkan suplimen setiap hari. 

6. Jaga kesihatan kulit dengan rutin penjagaan kulit dengan produk yang betul.

Gunakan produk yang tidak menggunakan bahan kimia yang merbahaya.  

Cuba amalkan setiap hari, dan rasai sendiri perubahannya.

Belum terlambat untuk mulakan sekarang, semoga tubuh badan yang sihat akan menjadi milik Kita semua. InsyaAllah.

Dengan tubuh badan yang sihat, banyak perkara yang Kita boleh berikan kepada orang lain dalam bentuk perkhidmatan, bantuan kewangan dan lain-lain.

Juga yang paling utama, beribadah kepada Allah SWT. 

Semoga Kita semua sihat!


Tuesday 13 June 2023

PENGEDAR SHAKLEE KAWASAN UTARA, KEDAH (POKOK SENA, CHANGLOON)

 Assalamualaikum wbt.

Hai semua.

Dalam entri kali ini saya akan berkongsi cerita saya sebagai seorang ahli dan pengedar kepada produk Shaklee.

Bagi yang belum kenal, saya merupakan seorang guru sepenuh masa dan juga pada masa yang sama aktif dalam bisnes Shaklee. 

Tak kenal maka tak tahu.

Sebab apa saya suka dengan bisnes dan produk Shaklee? Sebab bagus sangat produk Shaklee ni. Sistem bisnesnya bagus dan produknya sangat berkualiti. Saya bermula pada tahun 2014. Sudah agak lama juga la kan.

Untuk pengetahuan semua, saya ini pengedar Shaklee kawasan utara, Kedah tau. Asal pun memang orang Kedah.

Orang Kedah yang nak cari suplimen boleh roger-roger saya ya.

Yang jauh saya akan hantar melalui khidmat penghantaran secara pos. Saya pos produk ke seluruh Malaysia juga tau.

Orang Kedah yang nak mula buat bisnes pun boleh sebab modal sangat rendah RM35 sahaja iaitu yuran keahlian.

Saya sekarang tengah mencari ahli bisnes baharu untuk team saya, kalau berminat boleh sangat tau.

Terbuka untuk semua Yang berumur 18 tahun ke atas.


Cakap dialek Kedah sikit ya. πŸ˜…

Alhamdulillah, saya nak berkongsi dengan hampa mengenai πŸ‘‡

1. apa Yang bestnya bila jadi ahli Shaklee? 

2. apa Yang Shaklee bagi bila dah berbisnes?

Saya memang pengguna setia shaklee sejak zaman study dulu sehinggalah sekarang. Shaklee lovers gitu ❣️

Saya dahulu bukanlah terlalu jenis mementingkan "brand" ataupun jenama sesuatu produk. Yang penting bagi saya ianya halal, berkualiti, selamat dan berkesan.  

Tapi, rupa-rupanya pemilihan brand pun sangat penting tau hampa. Shaklee memenuhi kesemua ciri-ciri Yang saya nak di atas tadi, ada dalam produk Shallee. Penghasilan sesuatu produk Yang sangat teliti dan ada kajian daripada syarikat ketiga. Wah ini Yang bestπŸ‘

Shaklee ada pakar nutrisi dan saintis untuk mengkaji sesuatu produk.

Ok, Kita terus ja na satu-satu. Bermula dengan hanya RM35, anda akan dapat banyak manfaat-manfaat seperti iniπŸ‘‡

Apa shaklee bagi kepada ahli dan yang berbisnes?

✅Harga keahlian Yang lebih murah 20-25%

✅Dapat bonus sekiranya hampa buat pembelian cukup 150 point.

✅Ada disediakan program/kelas kesedaran kesihatan produk secara percuma.(dapat ilmu nutrisi)

✅Dapat upgrade kesihatan diri dan famili

✅Peluang untuk Jana pendapatan (terbuka kepada semua ahli)

✅Untung runcit sehingga 25% (Yang berminat bisnes-paling tinggi tau)

✅Dapat insentif kereta (Yang berminat bisnes)

✅ Trip percuma international Dan regional bagi Yang minat nak buat bisnes. 

Semua ni bermula hanya RM35 sahaja hampa!! ☺️


Norismalina AH

Pengedar Shaklee Kedah 






Thursday 8 June 2023

TESTIMONI CARA ATASI DAN PULIHKAN MASALAH RESDUNG


Assalamualaikum wbt.

 Hai semua.

Dalam entri kali ini, saya akan berkongsi testimoni shaklee diri sendiri. 

Saya mengalami masalah resdung Yang agak teruk, jenis alah kepada habuk, bulu kucing dan debu-debu kotoran.  

Kisahnya bermula begini, Kita kembali ke lima tahun terdahulu πŸ˜‰. Ceewah

Saya kerap mengalami gejala-gejala resdung seperti kerap bersin, gatal Mata hidung, hidung tersumbat berair, jerawat dan sakit kepala pada setiap pagi. 

Hampir setiap hari terpaksa tempuh situasi yang sama. Nak tercabut hidung rasa perit akibat luka dan menggelupas oleh sebab kerap lap hidung dengan menggunakan tisu. 

Paling sadis lagi, suka main dengan kucing tapi alah terhadap bulu haiwan. Tapi oleh kerana sayangkan kucing, relakan jugaklah walau terpaksa sakit hahaha!

Percaya atau tidak, berkotak-kotak tisu boleh habis tau sebab berhingus punya pasal! Emosi pun terganggu, nak bercakap dan bersosial dengan orang lain pun tiada mood!

Sehinggalah saya beli dan amal set resdung Shaklee vitamin C ,Alfafa dan esp. Alhamdulillah, seminggu pertama dah terasa kesan hidung dah tak bersin.

Ada habuk bulu haiwan pun masih boleh steady lagi. Kiranya Makin selesa sebab saya juga menjaga pemakanan dan aktiviti harian yang lain seperti tidur awal juga sangat membantu.

Baiki Kita punya sistem usus dan perut dahulu. InsyaAllah, Yang lain boleh dikawal. Selain itu, saya juga akan elakkan beberapa makanan yang boleh tingkatkan kadar histamin dalam badan.

Paling best, waktu pagi sudah tidak berhingus dan bersin seperti sebelum ini. Hanya yang sudah mengalami yang tahu berapa leganya dan puas hati! Memang sangat berbaloi, rugi tak kenal set resdung ni awal-awal dulu.

Selain hidung asyik berhingus di waktu pagi. Saya juga mengalami masalah ini.

HIDUNG TERSUMBAT TAK BOLEH TIDUR,BERSIN SAMPAI SAKIT KEPALA 

Begitulah keadaannya bila saya dah mula start engine, apa lagi, hachum hachum sampai rumah jiran sebelah dengaq tau. rumah kat kampung kan dekat-dekat. Kalau bersin macam tu sekali ha depa dah tau saya balik kampung. haha. malu oi 

kadang sampai tak tahan, pergi beli jugak ubat alahan kat farmasi/klinik. ubat putih tu kan. telan-telan sat sahaja berhenti hidung berhingus tu. 

Tapi tu sementara jela. hilang ubat ha mula balik. adududu

Orang yang ada alahan resdung tau la seksanya oi. pagi2 hidung beringus tersumbat. Kita nak pi kerja pun rasa tak confident kan.  Lagi teruk, bila hidung tersumbat waktu malam. adoi nak tido tak lena. bernafas ikut mulut sahaja. Bangun pagi jadi zombi penat. 

Tapi itu dulu tau. sekarang ni ada banyak rawatan moden untuk rawat alahan resdung tu. 

Saya sekarang ni habuk lalu depan hidung pun boleh lagi maintance cool.haha cewah. 

sakit kepala pun dah jarang sangat-sangat dah, kecuali nasa tertentu sahaja. Allhamdulillah k.ina amal rawatan moden ni.

rawatan moden shaklee ;)

Saya guna SET RESDUNG SHAKLEE

1. VITAMIN C

2. ALFAFA

3. ESP





Inilah ShakleeEffect saya! Terima kasih Shaklee. 

Berminat untuk dapatkan set RESDUNG, boleh klik link ini πŸ‘‡

www.wasap.my/60194668561

Monday 5 June 2023

MULTIVITAMIN SHAKLEE BERWAJAH BAHARU MEMBANTU MEMENUHI KEPERLUAN NUTRISI PENTING

 Assalamualaikum wbt.

Hai semua.



Adalah rakyat Malaysia mengambil multivitamin Yang mencukupi setiap hari?

Hasil kajian nutrisi Yang diambil oleh golongan dewasa di Malaysia pada tahun 2014 telah menunjukkan bahawa peratusan individu yang mengambil saiz hidangan harian seperti yang disyorkan rata-ratanya adalah melebihi 50 peratus ke atas. 

Hal ini menunjukkan bahawa kebanyakan rakyat Malaysia tidak mengambil makanan Yang Kaya dengan vitamin dan mineral yang mencukupi.

Apalah kesan kekurangan sumber mikronutrien?

Jari berasa kebas dan kadar denyutan jantung tidak normal ada kaitan dengan kekurangan sumber kalsium.

Masalah tulang dan perubahan mood/emosi yang tidak menentu adalah tanda kepada kurangnya vitamin D.

Masalah lesu, sesak nafas, sejuk pada tangan Dan kaki serta kuku rapuh merupakan petanda kekurangan zat besi.

Kebaikan mengambil multivitamin setiap hari?

1. Mengurangkan risiko jurang kekurangan sumber nutrisi dalam badan.

2. Menambah baik mood/emosi

3. Meningkatkan tahap tenaga.

4. Mengurangkan tekanan dan kebimbangan.

Jom amalkan multivitamin shaklee yang baharu, vita-lize. Dahulu dikenali dengan vitalea. 

Apa Yang best dengan multivitamin vita-lize ni?

Setiap hidangan membekalkan 25 jenis vitamin dan mineral penting.

Dua tablet vita-lize membekalkan 600 mcg asid folik dan vitamin B.

Ya, dua tablet sehari diambil bersama makanan.  Makanan pun kena makan ya, jangan tak makan πŸ˜…

Tak tahu nak makan vitamin yang mana satu?

Boleh mulakan dengan makan multivitamin vita-lize shaklee ini. Semua keperluan vitamin Yang badan perlukan memang akan cukup. 

Jom dapatkan segera! 



Saturday 3 June 2023

BAGAIMANA MEMBINA KEYAKINAN DIRI

 Assalamualaikum wbt.

Hai semua.


Entri kali ini saya nak berkongsi kata-kata motivasi Yang selalu saya guna atau terapkan dalam diri dan para pelajar saya.  Bagaimana membina keyakinan diri terutama apabila hendak bercakap di depan orang ramai.

Ya, saya pasti semua orang tahu bercakap. Tetapi, sejauh manakah percakapan tersebut mampu atau tidak memberi kesan baik dan bermakna kepada orang lain khususnya orang yang mendengar.

Semua orang akan bermula dengan kosong, tidak belajar dan mencuba untuk bertindak. Pastinya belum dapat pengalaman kan.

Apa  itu  keyakinan diri?

Pastinya ianya bermula dengan Cara Kita mengenal diri sendiri terlebih dahulu.

Keyakinan diri ni berkait rapat dengan empat perkara,

1. Feeling of security

2.  Identity

3. Sense of belonging (boleh merasai)

4. Feeling of competence (tahu bakat/kelebihan masing-masing)

Keyakinan diri adalah bagaimana Kita melihat imej diri sendiri. Tak perlu kepada penilaian orang terhadap diri. Kita yang tentukan berapa tinggi nilai kita.

Ibaratnya, orang yang berani mencuba pasti ada pengalaman. Orang yang mencuba, akan ada 2 result iaitu berjaya atau gagal. Tapi sebaliknya, orang yang takut mencuba, hasilnya cuma satu.

 Hanya gagal.

Gagal sebelum melakukan perkara tersebut. Padahal mungkin peluangnya untuk berjaya sangat tinggi. Tetapi akibat ketakutan menguasai diri, berada dalam keadaan sentiasa gagal.

Nak nampak yakin,

- kena explore bakat sendiri.

- Keyakinan berkait dengan harga diri

- mempunyai imej yang positif

Kehidupan Kita sendiri sudah tentunya sangat meletihkan, lagi letih kalau Kita asyik berfikir tentang apa orang lain fikirkan ataupun yang tidak perlu Kita fikir, Kita fikir. 

Kita menjadi over thinking. Penat.

Nak mengharungi dunia fatamorgana, lebih lagi akhir zaman Yang wujudnya pelbagai pandangan dan fikiran. sebaiknya sentiasa raikan pandangan yang berbeza. 

"Dunia dan segalanya bersifat sementara. Hadapilah yang sementara dengan sederhana. Tidak ada yang kesusahan dan kesenangan abadi di sini. Di sini bukan syurga dan di sini juga bukan neraka!"

Pahrol Muhammad juoi

Bercakap bila perlu. Diam itu indah.

"Be confident", sangat perlu!

Tapi harus berhati-hati usah over confident, kerana perlakuan over confident akan merisiko kan diri untuk terlihat jahil. 

Jika tiada keyakinan, Kita tidak menikmati kehidupan sebab asyik tersinggung dengan kata-kata dan perlakuan orang.

Kata ibnu taimiyah, sesiapa yang tidak boleh masuk atau nikmati syurga dunia, tak boleh masuk ke syurga akhirat.

Apa-apa pun, Perlu ada keseimbangan.

Keyakinan tidak boleh terlalu rendah, tidak boleh juga over confident.

Seimbang.

Persoalannya, bagaimana nak bina Keyakinan diri?

✅ kena ada dan betulkan "belief system" iaitu taqwa. Tahu tujuan semuannya menghala kepada redha Allah.

✅ Dalaman kita, Iman taqwa

✅ Amalan hati (rohani)


Apa belief system seorang mukmin?

✅ mencari redha Allah

✅  yakin pada janji-janji Allah

✅ Nak sampai ke tahap meyakini dengan janji-janji Allah ni perlukan kepada pengalaman ataupun turun naiknya kehidupan sendiri. 

Contohnya: orang hanya ada duit RM50 dalam poket pada Bulan tersebut untuk beli makanan , tiba-tiba datang peminta sedekah. Dia beri sebahagiannya dengan yakin pasti Allah tolong berikan rezeki Yang lain.

Belief system terbina bukan dalam keadaan sekelip Mata, tapi proses Yang berterusan. 

1. Al fikru

Boleh tafsir dan memilih yang baik

2. Al wijdan

Respon yang betul, emosi suka, benci, menerima, menolak pada waktu yang sepatutnya.

3. Al iradah

Membentuk keinginan yang menghasilkan tindakan.

pancaindera ada lima adalah alat yang berfungsi untuk menangkap sesuatu yang ada dan dimasukkan ke dalam akal fikiran.

Ubah mindset/ ubah belief system. Baru datang yakin!

Keyakinan diri proses yang berterusan, bukan terjadi dalam sekelip Mata. 

Tak yakin bercakap depan orang ramai, maka kena lagi kerap bercakap jika ada peluang.

Tak yakin bagi pendapat, maka kena kerap bagi pendapat. Terima atau tidak, tidak mengapa.


Friday 26 May 2023

MUDAHNYA RENEW KEAHLIAN DENGAN SHAKLEE

 Assalamualaikum wbt.

Hai semua.


Pada entri kali ini saya akan berkongsi cara mudah untuk renew membership shaklee atau perbaharui keahlian shaklee anda.

Aha boleh dah tengok dan ingat bilakah tarikh keahlian anda tamat, boleh tanya pengedar masing-masing. Biasanya kena renew keahlian setiap kali tarikh lahir masing-masing tau dalam sistem.

Bukannya apa, Shaklee nak pastikan anda masih aktif atau sudah tidak lagi aktif dan sebagainya. Kiranya seperti kena update la tanda anda Masih dan mahu aktif sebagai ahli shaklee.

Dengan hanya satu Cara sahaja, keahlian anda dah renew. 

Menarik kan.


Yang belum daftar keahlian pun boleh daftar juga tau, hanya RM35 sahaja. 

Ok, daftar pun sangat murah dan nak renew membership pun mudah. 

Ini cara nak renew membership bagi yang sudah expired tu.

Caranya, anda hanya perlu membuat pembelian mana-mana produk Shaklee walaupun satu barang sahaja dan automatik membership anda akan terus renew dalam sistem.

Ya mudah kan. Percayalah, hanya semudah itu sahaja untuk renew membership shaklee tau.

Tapi pastikan jangan lebih daripada tempoh enam bulan lah daripada tarikh keahlian tamat. Jika lebih daripada tempoh tersebut, anda perlu membuat pendaftaran baru dengan yuran RM35 seperti biasa.

Apa tunggu lagi, jom renew membership sekarang. Rugi tau tak renew, banyak promosi menarik sekarang ini.

Nak daftar ahli shaklee? πŸ‘‡

www.wasap.my/60194668561


Sunday 21 May 2023

MAKAN VITAMIN PERCUMA DENGAN CASH REBATE SHAKLEE

 Assalamualaikum wbt. 

Hai semua.

Dalam entri kali ini saya akan berkongsi cara untuk makan vitamin PERCUMA DENGAN cash rebate shaklee tau. 

Mesti berbaloi dan menjimatkan duit sendiri apabila barang yang Kita perlukan boleh dapat dengan percuma sahaja tanpa keluarkan modal duit poket sendiri. 

Bijak tak? Hendak hidup di zaman serba maju dan kos Sara hidup yang semakin mahal begini memang kena pandai buat kira-kira. Apa sahaja yang boleh dijimatkan dan menambahkan pendapatan memang kena rebut awal.

Vitamin sudah menjadi suatu keperluan kita tau sekarang, memandangkan gaya hidup kita sebagai rakyat Malaysia berisiko cenderung terdedah kepada persekitaran yang tercemar, makanan dan gaya hidup  yang tidak sihat.

Jadi, semestinya perlukan bajet yang cukup makanan atau vitamin kesihatan. 

Biasanya orang cakap makanan-makanan sihat dan vitamin yang bagus-bagus ni mahal. 

Tuan-tuan dan puan-puan, makanan sihat seperti buah-buahan, sayur-sayuran organik (makanan sebenar) yang sihat memang sedikit Mahal kerana kualitinya sangat tinggi tidak setanding dengan makanan proses. Nutrisinya apatah lagi, jauh lebih tinggi.

Namun, ada caranya untuk dapat konsisten makan vitamin secara percuma setiap bulan tanpa tertinggal akibat tidak cukup duit.

Jom saya kongsi.

Cash rebate tu apa?

Cash rebate ini adalah pulangan bonus dalam bentuk duit sambil membeli barang shaklee, boleh dapat duit bonus tau. Semua ahli shaklee yang berdaftar layak untuk dapat cash rebate, asalkan membeli produk shaklee dan telah mendaftar keahlian shaklee.

Selepas anda mendaftar sebagai ahli shaklee, anda akan dapat atau diberi nombor keahlian (ID) dan password masing-masing untuk membuat pembelian produk di website. Barulah boleh shopping sakan kan.

Mudah kan. Tak perlu tunggu buat bisnes pun sudah boleh dapat cash rebate selepas beli produk. Ahli biasa sehingga yang buat bisnes shaklee semuanya layak dapat pulangan bonus ini.

Ini contohnya cash rebate yang ahli shaklee dapat setelah membuat pembelian produk, ada yang beli vitamin untuk makanan sendiri pun boleh dapat.

Apatah lagi cash rebate atau bonus  ahli shaklee yang berbisnes. Mesti lagi banyak bergantung jumlah pembelian.

Banyaklah vitamin PERCUMA yang boleh di makan setiap bulan kan. Wah seronoknya.


Ada yang cash rebate RM100 hingga boleh meningkat menjadi 4 angka pun ada tau. Semuanya memang layak dapat sekiranya memenuhi syarat dibawah.


Inilah syaratnya, dalam jadual di atas ada peringkat-peringkat peratus cash rebate tau. Mudah untuk Kita rujuk dan nak kira berapa cash rebate yang Kita nak target dan boleh dapat sekiranya sudah membeli produk shaklee.

Setiap produk shaklee ada jumlah point UV nya masing-masing tau. Contoh vitamin c shaklee, point UV 22. Jadinya, kiraan jumlah point UV setiap produk yang kita beli akan menentukan berapa peratus atau diperingkat mana layak dapat cash rebate.

Ya, anda layak dapat cash rebate bermula point UV 150 iaitu 5% dan paling banyak 3000 point UV iaitu 21%.

Biasanya, upline anda yang akan membantu untuk buat pengiraan point UV dan cash rebate yang layak anda dapat sekiranya cukup syarat seperti di dalam jadual.

Tak susah pun. Hanya hubungi upline (pengedar shaklee yang anda daftar keahlian), insyaAllah selesai.

Dapat cash rebate, dapatlah guna duit tersebut guna untuk beli vitamin shaklee semula tanpa guna duit poket sendiri. 

Nak lagi menarik, anda menjadi pengedar dan mengambil order vitamin daripada ahli keluara, kawan-kawan dan sedara terdekat. Bolehla kumpul-kumpul order dan sekiranya pembelian banyak. Cash rebate pun akan banyak. 

Jadi apa tunggu lagi, jom daftar ahli shaklee sekarang bersama saya hanya RM35.

www.wasap.my/60194668561

Atau dengan membuat pembelian produk shaklee sebanyak RM300 ke atas, boleh dapat percuma keahlian.





Tuesday 16 May 2023

BAGAIMANA NAK KEKAL SIHAT DENGAN SET HELLO NEW YOU SHAKLEE


 Assalamualaikum wbt.
Salam syawal.

Dalam entri kali ini saya akan berkongsi bagaimana nak kekal sihat dengan set Hello New You Shaklee. Memang berbaloi tau, seperti kita re-new atau reset badan kita kepada yang lebih baik.

Jadilah new you kan. Dari sudut kesihatannya lah.

Dalam set Hello New You ini ada empat suplimen iaitu herblax, lecithin, cinch shake dan omega guard. Kesemua suplimen ini ada fungsi dan peranan yang berbeza kepada tubuh badan kita. 

Bagaimana keempat suplimen ini boleh membantu kekalkan kesihatan badan kita?

1. Cinch shake

Cinch shake ini dihasilkan daripada Sumber soya non-GMO yang berkualiti tinggi. Badan kita sangat perlukan Sumber protin yang banyak dan berkualiti setiap hari untuk melancarkan proses penyembuhan kulit dan kesihatan badan.

Sangat bagus untuk orang yang mempunyai gula dalam darah yang tinggi kerana cinch shake mempunyai kadar glisemik Indeks yang rendah. Sangat selamat untuk diminum oleh sesiapa sahaja yang ingin menjaga tahap gula yang rendah dan normal.

Cinch shake akan membekalkan tenaga Yang lebih dan berpanjangan. Ini kerana kadar kandungan protin yang tinggi. 

Selain itu, cinch shake membantu untuk membina otot yang lebih tegap dan tidak gelebeh.

2. Omega guard

Omega guard membantu untuk Mengurangkan keradangan dalam badan, menurunkan kolesterol jahat (LDL) dan menyokong peredaran darah yang sihat.

Membantu membakar lemak dengan lebih cepat selepas makan. Omega guard adalah suplimen yang berbentuk kapsul dan mudah untuk ditelan.

3. Lecithin

i- Lecithin dapat membantu menguruskan badan bagi yang hendak kurus.

ii- Bantu untuk mengurangkan sembelit.

iii- Sangat berkesan untuk masalah kolesterol.

iv- Menguatkan memori dan daya ingatan.

4. Herblax

Herblax berfungsi untuk melawaskan pembuangan air besar dan mengurangkan sembelit.

Selain itu, herblax juga berfungsi untuk membersihkan usus dengan lembut dan tidak pedih seperti julap.

Boleh dapatkan dengan segera ya, sementara masih ada harga promosi dan selagi masih ada stok.

Kesihatan adalah keperluan dan tanggungjawab kita.

Boleh terus klik link ini πŸ‘‡









Wednesday 10 May 2023

SAMBUTAN HARI RAYA DI SEKOLAH GAYA CIKGU-CIKGU


Assalamualaikum wbt.
Salam syawal.





Alhamdulillah, saya dan guru-guru yang lain sambut hari raya open house sakan di sekolah. Lagi meriah apabila disambut sekali dengan para pelajar.

Pelbagai juadah dan gaya baju mewarnai suasana, ada lemang ketupat, rendang, kuih raya,  laksa, soto dan banyak jenis lagi menu.

Menu makanan ditempah khas untuk para guru dan pelajar,  ada juga pelajar serta guru bawa daripada rumah. 

Alhamdulillah sedap dan kenyang! πŸ˜„
Semua hidangan sempat rasa kali ini. 

Saya pasti masih ada lagi yang buat majlis jamuan raya  untuk meraikan sanak saudara. Waktu sebeginilah Kita akan ambil kesempatan untuk eratkan silaturahim.

Tetapi pemakanan kena di jaga tau walaupun raya, makanan dan minuman yang manis-manis perlu dikawal dan elak untuk kesihatan yang berpanjangan.

Bagi saya, gabungan penjagaan kesihatan bermula daripada amalan pemakanan yang betul, senaman yang konsisten dan amalan suplimen yang betul.


Cikgu-cikgu yang riang ria πŸ˜†

 

Sunday 30 April 2023

SUPLIMEN YANG WAJIB ADA SETIAP RUMAH SEMASA MUSIM PERAYAAN

Assalamualaikum wbt.

Selamat hari raya maaf zahir dan batin .


Alhamdulillah, saya nak ucapkan selamat hari raya semua. Ramai yang sudah pulang ke rumah masing-masing untuk berkerja kan.

Semoga semuanya dipermudahkan. Dalam entri kali ini saya nak berkongsi mengenai suplimen yang wajib kita ada terutamanya semasa musim perayaan.

Saya seperti biasa hari raya dengan shaklee 😍. Memang tak tinggal walaupun berhari raya dengan ketupat lemang. Haha

Hari raya setahun sekali mesti ada makanan yang memang Kita akan makan puas-puas sebab hari biasa jarang biasanya nak buat seperti ketupat, lemang, serondeng, kuih raya, rendang dan lain-lain.

Itu juga boleh menjadi  sebab naik berat badan, kolesterol, darah tinggi, kencing manis dan lain-lain. Sebab apa?

Sebab jumlah makanan dan gaya hidup Yang tidak sihat daripada awal.

Boleh maintance jika daripada awal sudah menjaga pemakanan dan gaya hidup sihat dengan amalkan suplimen ini tau.

Bagaimana nak kekalkan atau nak maintance kesihatan semasa dan selepas raya?

Boleh dikatakan menurut kajian, kebanyakan penyakit adalah berpunca awal daripada masalah keradangan yang berlaku secara senyap-senyap di dalam badan kita.

Seram kan dengar macam tu.

Baik, ini diantara suplimen yang sangat terbaik diamalkan sebelum, semasa dan selepas hari raya.

Herblax

Alfafa

Pytochol

Lecithin

Omega

Kesemua suplimen ini ada fungsi yang berbeza-beza mengikut jenisnya.







 



Jika anda berminat untuk dapatkan suplimen ini, boleh terus hubungi saya dengan segera ya. 

Wednesday 26 April 2023

TAWARAN JANA PENDAPATAN TAMBAHAN MELALUI PROGRAM INSENTIF SHAKLEE MALAYSIA

Assalamualaikum wbt.
Salam 5 syawal 1444H.



Dalam entri kali ini saya akan berkongsi mengenai peluang atau pun tawaran jana pendapatan  tambahan melalui program insentif Shaklee Malaysia.

Mesti pun kita masih dalam mood hari raya dan Majlis open house di sana sini, yang pasti peluang nak cari duit lebih mesti best juga kan kalau ada yang tawarkan.

Setelah berhempas pulas keluar duit untuk persiapan raya dan sebagainya, pastinya ada yang poket sudah mula kering. 

Jadi, sangat membantu sebenarnya jika ada Sumber pendapatan tambahan.

Ok, apa yang dimaksudkan dengan program insentif Shaklee tahun ini?

Syarikat shaklee Malaysia memang selalu tawarkan pelbagai insentif/faedah/hadiah menarik kepada semua ahli shaklee yang berminat untuk tambah atau cari pendapatan tambahan. 

Tahun ini, shaklee tawarkan insentif Yang sangat menarik iaitu pendapatan 4 angka dan tambahan duit RM600 kepada ahli yang mencapai kelayakan yang ditawarkan oleh syarikat.

Banyak tu, dapat duit 4 angka dan shaklee bagi lagi tambahan duit RM600 sebagai bonus.

Jika kita bekerja dengan majikan pun mesti akan sangat gembira dapat bonus, inikan pula ada dua pendapatan plus diberi bonus. Wah!

Siapa yang layak atau boleh sertai program jana pendapatan insentif Shaklee ni?

Semua rakyat Malaysia layak untuk sertai tau, dengan syarat anda cepat-cepat daftar sebagai ahli shaklee terlebih dahulu. 

Selepas itu, boleh terus mulakan bisnes anda dengan cemerlang bersama shaklee dan layak untuk dapat join program insentif daripada shaklee.

Macam mana nak sertai jika berminat?

Anda boleh sertai dengan melakukan pendaftaran ahli terlebih dahulu melalui saya. InsyaAllah saya akan bantu anda untuk proses pendaftaran.

Boleh terus berhubung dengan saya melalui link wasap ini www.wasap.my/60194668561/ProgramInsentifShaklee

Apa tunggu lagi, jom wasap saya dengan segera supaya anda berpeluang untuk dapat insentif yang shaklee tawarkan itu. Rugi tau jika lambat-lambat.

Jom bisnes shaklee bersama saya!

Thursday 13 April 2023

TIPS KURUS DENGAN CEPAT, BERKESAN DAN SELAMAT


Assalamualaikum wbt.
Salam ramadan.

Ramai yang ada keinginan nak kuruskan badan sebelum raya kan? Tapi ada yang masih tak berjaya atau tak boleh nak bagi komitmen untuk turunkan berat.

Ada yang bermasalah hari ini turun berat badan, eh esok pula naik mencanak berat. Kecewa pun ada. Stres lagi lah. 

Rasa macam semua tips dah buat, tapi tetap tak menunjukkan hasil yang diinginkan. 

Ada orang mudah nak turunkan berat tapi susah nak maintance berat.
Ada orang lambat turun berat dan mudah pula naik berat.
Ada orang mudah turun berat dan mudah pula nak maintance.

Sebenarnya, ini berkaitan dengan gaya hidup masing-masing. Apabila gaya hidup sihat, kesihatan pun akan Makin baik dan bonusnya boleh juga bantu untuk kurus.

InsyaAllah, artikel kali ini saya akan kongsikan tips kurus dengan cepat, berkesan dan selamat. 

Tips kurus 1: Ambil banyak makanan yang tinggi kandungan protin. 


Jangan tinggalkan protin dalam diet kita tau. Bagus untuk yang diet nak turunkan berat. Protin ini sangat penting kepada tubuh kerana untuk bina otot perlukan sumber protin supaya otot dapat membesar dengan baik.

Nak cepat kurus, kena bina otot. Lemak yang tidak elok pula perlu dibakar. 

Protin pula bagus untuk kulit supaya apabila turun berat, kulit tidak akan menggelebeh lembik sebab tiada otot. 

Tips kurus 2: Tinggalkan gula putih.


Gula putih ini bukan sahaja merbahaya kepada kesihatan, tetapi akan menyukarkan proses untuk kurus.

Gula putih juga penyebab kepada kulit wajah yang mudah berkedut dan lain-lain. Awet muda jika tinggalkan gula putih tau.

Gula putih banyak kalori, apabila banyak kalori dimakan. Semakin jauhlah target nak kurus dengan cepat.


Tips kurus 3: Jangan makan makanan segera, jajan dan makanan yang tinggi pewarna.


Makanan ini bukan sahaja akan melambatkan proses turun berat, malahan akan mengganggu sistem dalaman badan kita.

Makanan ini sumber khasiatnya sangat sedikit dan mungkin telah hilang nutrisi asal kerana telah diolah dengan pelbagai bahan.

Nak kurus perlu nutrisi Yang cukup daripada Sumber makanan yang berkhasiat dan baik. Ini untuk menyokong proses penurunan berat badan.

Tak cukup nutrisi Yang baik, bagaimana badan akan bekerja dengan baik.

Tips kurus 4:minum air kosong,elakkan air manis atau berwarna.


Keperluan air Yang cukup sangat membantu untuk kurus dengan cepat.

Pengambilan air ikut berat badan masing-masing. Ada kajian telah dibuat dan menyatakan bahawa keperluan air bagi lelaki sekitar 3 liter sehari. Orang perempuan pula sekitar 2 liter sehari.

Cukup air, otak pun dapat berfungsi dengan baik.

Tips kurus 5: Aktif bersenam.


Aktiviti fizikal jangan dilupakan, kena juga gerakkan anggota badan biar keluar peluh. 

Mulakan dengan bersenam mudah dahulu seperti berjalan kaki pun tidak mengapa. Contoh berjalan kaki di kawasan taman, tempat perumahan Kita, dan kawasan riadah. 

Wajib buat aktiviti pemanasan badan dahulu ya sebelum mula bersenam, ini untuk mengelakkan kecederaan otot dan buat jantung terkejut.

Apa pun, buat dengan konsisten setiap hari pada waktu pagi yang terbaik. 

Kemudian, sikit-sikit bolehlah tambah aktiviti senaman dengan berjoging pula. 

Senaman boleh hasilkan hormon gembira tau, dan keluarkan dari badan hormon stres.

Bila gembira, kurang stres. Proses turun berat akan jadi lebih mudah.

Tips kurus 6: Tidur yang berkualiti dan awal.


Jika boleh, tidurlah lebih awal dan bangun awal. Badan akan dapat rehat yang secukupnya.

Kesan tidur yang berkualiti ini sangat banyak, akan renew sel-sel yang baharu, organ akan dapat bekerja dengan baik. 

Kurus pun dapat!

Tips kurus 7: Amalkan suplimen yang betul dan sesuai.


Ini juga sangat membantu untuk kurus dengan cepat. Pastikan suplimen yang berkualiti dan selamat ya. 

Sebelum amal, kena ambil tahu dahulu berkaitan khasiat dan ilmu tentang pemakanan. 

Ini dia antara suplimen bagus diamalkan untuk kurus cepat dengan selamat dan berkesan. 
Set kurus shaklee tentunya.

Suplimen cinch shake
Suplimen esp
Suplimen set kurus cepat.


Cinch shake sangat tinggi kandungan protin, sesuai dijadikan sebagai meal replacement.



 

Bagaimana Cara nak dapatkan suplimen set kurus shaklee?

Sila klik link ini πŸ‘‡πŸ‘‡

www.wasap.my/60194668561/SetKurusShaklee

Tuesday 11 April 2023

8 SEBAB KENAPA BISNES ONLINE INI TERBAIK DI MALAYSIA

 Assalamualaikum wbt.

Salam ramadan semua.


InsyaAllah dalam artikel kali ini saya akan berkongsi kepada anda 8 sebab kenapa bisnes online ini terbaik di Malaysia. 

Jika anda berniat dan memang tengah mencari-cari peluang perniagaan yang boleh dibuat dari  rumah secara sepenuh masa atau pun secara sambilan. 

Inilah bisnes yang sesuai untuk anda. Jom ketahui lebih lanjut.

8 sebab kenapa bisnes online ini terbaik di Malaysia.

1. Modal yang rendah dan rendah risiko.

Bisnes online ini memerlukan modal yang sangat rendah iaitu RM35 sebagai yuran keahlian. Setelah anda mendaftar ahli, anda bebas untuk melaksanakan bisnes anda sendiri dan boleh menikmati keistimewaan sebagai ahli. 

Tiada apa-apa cas tersembunyi tau diambil. Ya, hanya RM35 sahaja untuk memulakan bisnes yang rendah risiko dan hampir zero modal.

Apa yang menariknya, bisnes ini mempunyai risiko yang rendah kerana tidak mengeluarkan modal yang tinggi, tidak perlu membayar upah pekerja, bayar sewa kedai, bil utiliti dan sebagainya .

Untuk memulakan sesuatu bisnes, sebagai beginner anda digalakkan untuk memilih bisnes yang modal rendah dan rendah risiko. Contohnya, anda menjadi dropship kepada produk orang lain stokis atau produk tertentu.

2. Sistem yang adil dan tidak menindas.

Penting  untuk anda teliti dan ambil tahu tentang sistem sesuatu bisnes sebelum mengambil keputusan untuk tambah pendapatan bersama mereka. Ini untuk mengelakkan anda ditipu dan tertindas.

Namun sistem bisnes online yang ini sangat berbeza dan menarik bagi saya, sistem bisnes ini sangat adil dan tidak menindas orang lain. Sistemnya adalah sama rata tidak membezakan satu dengan yang lain, semua akan dapat harga runcit yang sama.

Tidak akan mengkayakan orang yang berada di atas atau yang tidak berkaitan dengan anda. Sistem atau bisnes online ini adalah bisnes berdasarkan usaha dan kerja keras masing-masing dan team. Bisnes ini adalah bisnes anda sendiri, maka ceo nya adalah anda.

Kerana sudah pasti anda ingin buat bisnes dalam  tempoh jangka masa yang panjang .  Jadi, bisnes online sistem yang adil dan kukuh sebegini perlu menjadi pilihan terbaik anda.

3. Kelas ilmu produk daripada pakar yang bertauliah dalam syarikat/HQ

Ilmu tentang bisnes dan produk sangat penting kerana ini  akan menentukan pembangan bisnes anda daripada semasa ke semasa. Ini adalah supaya pelanggan dapat khidmat nasihat dan perkhidmatan (service) yang terbaik daripada anda.

Dengan ilmu produk yang betul, anda dapat membantu pelanggan anda memilih dan membuat keputusan yang sesuai dengan keperluan mereka. Jadilah peniaga yang jujur dan amanah.

Dalam bisnes online ini, setiap bulan syarikat adakan kelas berkaitan produk daripada pakar yang berkaitan. Kelas ilmu tentang kesihatan daripada pakar nutrisi dan doktor yang bertauliah. Kelas ini terbuka kepada semua ahli, tidak kiralah yang berbisnes atau pun tidak. 

Semua orang boleh join secara percuma sahaja tau. Best kan macam tu.

4. Kelas marketing dan strategi bisnes

Marketing perlu dibuat selari dengan jualan produk. Marketing ini adalah proses untuk mendapatkan hasil dalam jangka masa panjang, manakala jualan ini hasilnya akan dapat dalam masa yang lebih singkat.

Jadi, kena belajar buat keduanya dalam satu masa yang sama. Teknik marketing secara online sekarang sangat berpengaruh besar kepada bisnes. Jika kena caranya, jualan berpotensi akan naik sedikit demi sedikit.

Jika anda belum mahir dunia marketing secara online ini tidak mengapa, kerana bisnes ini ada sediakan kelas marketing kepada semua daripada A hingga Z. 

Menarik kan. Semua dah lengkap.

Ini sangat membantu untuk dapatkan sales tau. Team akan berkongsi cara untuk berkomunikasi dan mencari pelanggan. Perlu difahami, bisnes perlu ada untung jualan. 

5. Grup/team yang begitu supportive

Bisnes online ini ada support sistem yang bagus tau. Sentiasa saling membantu antara satu Sama lain walau berbeza latar belakang. 

Saya sendiri sangat suka dengan suasana grup bisnes ini yang sangat luar biasa kerana masing-masing mempunyai vibe dan tujuan yang sama. 

Circle kawan-kawan anda juga akan bertambah dan semakin besar, makin ramai orang yang anda kenal dan berjumpa berkongsi pandangan dan sebagainya anda akan bertambah matang dan bijak menurut kajian. 

6. Bisnes online ini boleh dilakukan di mana-mana sahaja.

Point ini bagi saya sangat menarik, saya boleh melakukan bisnes walaupun berada di kampung dan ketika bercuti di mana-mana pun. 

Asalkan ada kemudahan internet dan gajet seperti telefon, tab dan latop. Semudah klik di hujung jari sahaja untuk buat tempahan dan penghantaran barang kepada pelanggan.

Masa pun sangat fleksibel mengikut masa anda, yang penting anda konsisten dan disiplin melakukan bisnes.

7. Insentif/manfaat yang menarik daripada syarikat.

Ada bonus duit tunai, bonus kereta dan bonus melancong secara percuma dalam dan luar negara.Umrah pun dapat percuma jika anda nak pergi umrah bagi muslim. 

Ya semua ini syarikat bagi percuma sahaja. 

Bukan scammer ya.

Syarikat bagi berdasarkan hasil usaha anda membangunkan bisnes anda, jadi syarikat menghargai anda dengan menyediakan insentif atau manfaat ini.

Barulah rasa ada motivasi dan semangat sikit kan nak buat sales laju-laju.

 Memang semua akan dapat menikmati manfaat ini jika betul-betul konsisten dalam berbisnes. Tidak kiralah anda baru bisnes atau sudah lama bisnes, semua layak dapat.

Ya begitulah.

8. Produk berkualiti, selamat dan semulajadi

Nak bisnes, anda perlu ambil tahu tentang kualiti produk. Produk yang hendak dijual pastikan boleh mendatangkan kesan Yang baik, selamat dan tiada bahan kimia merbahaya kepada pelanggan.

Bisnes online yang saya buat ini produknya memang berkualiti, selamat dan berkesan terhadap manusia dan alam sekitar.

Bisnes online apa itu?

Bisnes online yang terbaik berdasarkan tujuh item yang saya telah kongsikan sebelum ini adalah bisnes online shaklee. 

Saya sudah 9 tahun menceburi bisnes ini dan alhamdulillah sangat selesa/suka dengan sistem dan strategi pemasaran shaklee.


Daripada zero to hero, semuanya diajar! 

Anda berminat untuk bersama dengan team saya jana pendapatan dan mempunyai bisnes anda sendiri. Wajib sertai bisnes online shaklee sekarang.

Boleh hubungi saya untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai bisnes online shaklee. 

Nak join, klik di sini

www.wasap.my/60194668561/JoinBisnes













Friday 7 April 2023

VITAMIN KULIT CANTIK PERSEDIAAN RAYA HARGA RAHMAH


Assalamualaikum wbt.
Salam ramadan 1444h.

Orang kata "beauty is pain". 
Kak ina kata "beauty is a process"

Hai semua, macam mana persiapan bulan puasa dan juga raya anda? Kak ina pasti ada yang sudah mula buat persiapan kuih raya, baju dan persiapan rumah kan.

Orang kata buat awal-awal tak kalut.

Cuma iya lah, dalam sedar tak sedar kalut dengan itu ini. Kulit pula selalu buat hal break out pula masa yang penting macam ni, nak jumpa ramai orang sanak saudara. 

Keluar pulak seketul dua jerawat, dah berparut pulak, kulit terbakar sebab kalut bakar lemang lupa nak pakai sunscreen.

Nak lah juga sekurangnya kulit muka bersih dan cantik pada hari raya. Matching pula dengan baju yang indah, baru konfiden meningkat masa nak beramah mesra dengan tetamu. Ewaah πŸ˜†

Raya dah nak dekat, sempat ke nak cantik-cantik Kan kulit ni?

Eh boleh sahaja tau, tapi kena mula daripada sekarang.

Kan kak ina dah cakap awal-awal tadi, beauty is a process. 

Macam persediaan raya, persediaan untuk dapatkan kulit yang cantik pun kena mula daripada awal. Baru tak kalut.


Anda pilih dan amalkan vitamin yang ada niacinamide tau untuk pudarkan parut, jerawat dan bagi kulit cantik.

Kulit yang cantik ni biasanya kerana cukup kandungan protin dan kolagen. Sebab tu kulit nampak lembab, bersih, gebu, tegang dan berseri.

Jadi, rajin-rajinkan diri ituntuk amal protin dan antioksidan. 

Dalam vitamin shaklee ada kandungan protin yang tinggi dan niacinamide untuk kulit lebih cantik dari masa ke masa. Memang akan nampak perubahan kalau konsisten amal tau.

Kak ina sendiri memang amal dua vitamin ini untuk kulit cantik bersih berseri.

Esp, tinggi kandungan protin soya non-GMO, bantu  renew kulit baru yang lebih sihat dan cantik.

Vitamin c pula ada bioflavonoid yang bantu proses serapan jadi lebih berkesan dalam badan, boleh bantu menghasilkan kolagen. 

Baru awet muda. Tak risau lagi dah kulit breakout masa nak raya.

Dua vitamin ni kualiti kayangan tapi harga Rahmah tau. 

Dapatkan segera tau dua vitamin kulit cantik harga Rahmah ini sebab murah sangat. Cuma bulan April 2023 ini sahaja ya.

Bulan ni ada promo Set Rahmah. Hanya *RM99* untuk Vit c + ESP 
Harga biasa untuk ESP RM139
Harga biasa untuk Vitamin c RM92
(belum masuk RM10 untuk postage)

Untuk 2 set patutnya RM198 (RM99 x 2), tapi Shaklee bagi *RM188* je
*FREE postage*

*FREE MEMBERSHIP* (jimat lagi RM35)

Bagaimana Cara nak order?

Order set Rahmah πŸ‘‡πŸ‘‡










 

Friday 24 March 2023

TIPS BERPUASA UNTUK IBU MENYUSU DAN KEKAL BERTENAGA

Assalamualaikum wbt.
Salam ramadan.

Momy-momy ok ke tu setakat ini?

Kak ina doakan semoga semua momy yang sedang berpuasa dan menyusukan baby tetap bersemangat dan bertenaga. 

Walau bagaimanapun, tak dinafikan ada juga yang pernah rasa ataupun pernah melalui keadaan macam ni kan.

 Lemau/lesu
Penat
Lapar sangat-sangat
Dehidrasi
Mengigil-gigil badan
Pedih perut

Ok, kak ina nak kongsi beberapa tip dan trick yang boleh momy amalkan sepanjang puasa bagi susu badan tetap meriah macam biasa.

1. Minum banyak air kosong pada waktu sahur, berbuka dan selepas berbuka. 
Bila susukan anak memang akan buat momy cepat rasa dahaga. Jadi, kena pastikan minum air cukup supaya esoknya tidak begitu terkesan apabila berpuasa.

Sebaliknya, bila badan momy tak cukup air mudah rasa letih sepanjang hari dan tak sihat.

2. Amalkan Cara pemakanan yang betul.
Momy boleh amalkan makanan yang rendah glisemik Indeks (GI). 
Kalau makan banyak daripada Sumber karbohidrat, Indeks glisemik tinggi yang mana akan terurai dengan cepat semasa penghadaman. 

Berbanding dengan makanan rendah GI, makanan lambat terurai semasa penghadaman dan seterusnya melepaskan glukosa secara perlahan-lahan beransur-ansur ke dalam darah.

3. Ambil suplimen tambahan.
Momy boleh usahakan cari suplimen untuk banyakkan susu dan kekal bertenaga di bulan ramadan.

Paling penting, momy kena faham setiap fungsi produk dan produk yang betul serta selamat.

4. Shake atau buat smoothie pada waktu sahur.
Sebagai tambahan kepada makanan sahur sedia ada, momy boleh tambahkan kalori dengan ambil smoothie.

Banyak smoothie boleh dibuat, pastikan yang rendah GI ya momy, seperti protin ini.

Momy boleh dapatkan Sumber protin rendah GI di sini ya.

#kissptoject 
#shakleethrive2023 
#shaklee2023 
#shakleekedah 
#SetMenyusu




 

Followers