Sunday 18 June 2023

AMALAN GAYA HIDUP SIHAT WANITA 30 AN

Assalamualaikum wbt.

Hai semua.

 Entri kali ini saya akan berkongsi bagaimana amalan gaya hidup sihat untuk wanita berumur 30 an dan ke atas.

Pasti semua wanita nak cantik, glowing, kulit sihat, ceria dan sihat kan?

Biar umur meningkat, tapi stamina dan badan tetap maintance muda remaja gitu.

Boleh ke macam tu?

Boleh tau, bak kata orang  penuaan tu bergerak perlahan atau melambatkan proses penuaan.

Macam mana tu?

Ini dia amalan yang boleh buatkan anda semakin hari semakin sihat dan awet muda. 

1. Dapatkan tidur yang berkualiti (Cuba tidur awal selepas solat isya' kalau tidak ada tugasan/kerja Yang mendesak).

Tidur awal dan berkualiti ni sangat penting jika ada masalah alahan/eczema . Sebab tidur akan Membantu dalam proses penyembuhan.

2. Rajin bersenam macam morning walk pun bagus. Jalan kaki di awal pagi ambil udara Segar.

3. Berada dalam circle yang positif. Biar tak ramai circle yang kita ada, janji berkualiti.

Tidak perlu fikir perkara-perkara Yang tidak penting untuk diri kita. Gosip, mengumpat tingal-tinggalkan. Umur kita pun Makin lama Makin tinggal sedikit, gunakan dengan sebaiknya.

4. Self love dan self care. Jaga diri dan sayangi diri selayaknya apa yang telah Allah pinjamkan badan kita untuk dirawat dengan baik.

Jaga pemakanan, jaga gaya hidup. Jaga pemikiran.

5.  Amalkan suplimen yang sesuai dan betul. Badan dan organ kita juga akan ikut menua seiring usia kita. Ada yang dah mula sakit lutut dan sebagainya.

Amalkan suplimen yang ada banyak antioksidan dan polifenol seperti jus vivix dan res-V Shaklee.

Manfaat polifenol dan antioksidan yang tinggi dalam vivix dan res -V mampu membaiki dan menembudi ke tahap DNA badan.

Memang wow Kan. Hasilnya badan bertenaga, kulit licin awet muda dan hormon pun maintance bagus.

Orang perempuan nak sihat muda remaja, wajib kena jaga hormon tau.

Maka, amalkan suplimen setiap hari. 

6. Jaga kesihatan kulit dengan rutin penjagaan kulit dengan produk yang betul.

Gunakan produk yang tidak menggunakan bahan kimia yang merbahaya.  

Cuba amalkan setiap hari, dan rasai sendiri perubahannya.

Belum terlambat untuk mulakan sekarang, semoga tubuh badan yang sihat akan menjadi milik Kita semua. InsyaAllah.

Dengan tubuh badan yang sihat, banyak perkara yang Kita boleh berikan kepada orang lain dalam bentuk perkhidmatan, bantuan kewangan dan lain-lain.

Juga yang paling utama, beribadah kepada Allah SWT. 

Semoga Kita semua sihat!


No comments:

Post a Comment

Followers