Thursday 13 April 2023

TIPS KURUS DENGAN CEPAT, BERKESAN DAN SELAMAT


Assalamualaikum wbt.
Salam ramadan.

Ramai yang ada keinginan nak kuruskan badan sebelum raya kan? Tapi ada yang masih tak berjaya atau tak boleh nak bagi komitmen untuk turunkan berat.

Ada yang bermasalah hari ini turun berat badan, eh esok pula naik mencanak berat. Kecewa pun ada. Stres lagi lah. 

Rasa macam semua tips dah buat, tapi tetap tak menunjukkan hasil yang diinginkan. 

Ada orang mudah nak turunkan berat tapi susah nak maintance berat.
Ada orang lambat turun berat dan mudah pula naik berat.
Ada orang mudah turun berat dan mudah pula nak maintance.

Sebenarnya, ini berkaitan dengan gaya hidup masing-masing. Apabila gaya hidup sihat, kesihatan pun akan Makin baik dan bonusnya boleh juga bantu untuk kurus.

InsyaAllah, artikel kali ini saya akan kongsikan tips kurus dengan cepat, berkesan dan selamat. 

Tips kurus 1: Ambil banyak makanan yang tinggi kandungan protin. 


Jangan tinggalkan protin dalam diet kita tau. Bagus untuk yang diet nak turunkan berat. Protin ini sangat penting kepada tubuh kerana untuk bina otot perlukan sumber protin supaya otot dapat membesar dengan baik.

Nak cepat kurus, kena bina otot. Lemak yang tidak elok pula perlu dibakar. 

Protin pula bagus untuk kulit supaya apabila turun berat, kulit tidak akan menggelebeh lembik sebab tiada otot. 

Tips kurus 2: Tinggalkan gula putih.


Gula putih ini bukan sahaja merbahaya kepada kesihatan, tetapi akan menyukarkan proses untuk kurus.

Gula putih juga penyebab kepada kulit wajah yang mudah berkedut dan lain-lain. Awet muda jika tinggalkan gula putih tau.

Gula putih banyak kalori, apabila banyak kalori dimakan. Semakin jauhlah target nak kurus dengan cepat.


Tips kurus 3: Jangan makan makanan segera, jajan dan makanan yang tinggi pewarna.


Makanan ini bukan sahaja akan melambatkan proses turun berat, malahan akan mengganggu sistem dalaman badan kita.

Makanan ini sumber khasiatnya sangat sedikit dan mungkin telah hilang nutrisi asal kerana telah diolah dengan pelbagai bahan.

Nak kurus perlu nutrisi Yang cukup daripada Sumber makanan yang berkhasiat dan baik. Ini untuk menyokong proses penurunan berat badan.

Tak cukup nutrisi Yang baik, bagaimana badan akan bekerja dengan baik.

Tips kurus 4:minum air kosong,elakkan air manis atau berwarna.


Keperluan air Yang cukup sangat membantu untuk kurus dengan cepat.

Pengambilan air ikut berat badan masing-masing. Ada kajian telah dibuat dan menyatakan bahawa keperluan air bagi lelaki sekitar 3 liter sehari. Orang perempuan pula sekitar 2 liter sehari.

Cukup air, otak pun dapat berfungsi dengan baik.

Tips kurus 5: Aktif bersenam.


Aktiviti fizikal jangan dilupakan, kena juga gerakkan anggota badan biar keluar peluh. 

Mulakan dengan bersenam mudah dahulu seperti berjalan kaki pun tidak mengapa. Contoh berjalan kaki di kawasan taman, tempat perumahan Kita, dan kawasan riadah. 

Wajib buat aktiviti pemanasan badan dahulu ya sebelum mula bersenam, ini untuk mengelakkan kecederaan otot dan buat jantung terkejut.

Apa pun, buat dengan konsisten setiap hari pada waktu pagi yang terbaik. 

Kemudian, sikit-sikit bolehlah tambah aktiviti senaman dengan berjoging pula. 

Senaman boleh hasilkan hormon gembira tau, dan keluarkan dari badan hormon stres.

Bila gembira, kurang stres. Proses turun berat akan jadi lebih mudah.

Tips kurus 6: Tidur yang berkualiti dan awal.


Jika boleh, tidurlah lebih awal dan bangun awal. Badan akan dapat rehat yang secukupnya.

Kesan tidur yang berkualiti ini sangat banyak, akan renew sel-sel yang baharu, organ akan dapat bekerja dengan baik. 

Kurus pun dapat!

Tips kurus 7: Amalkan suplimen yang betul dan sesuai.


Ini juga sangat membantu untuk kurus dengan cepat. Pastikan suplimen yang berkualiti dan selamat ya. 

Sebelum amal, kena ambil tahu dahulu berkaitan khasiat dan ilmu tentang pemakanan. 

Ini dia antara suplimen bagus diamalkan untuk kurus cepat dengan selamat dan berkesan. 
Set kurus shaklee tentunya.

Suplimen cinch shake
Suplimen esp
Suplimen set kurus cepat.


Cinch shake sangat tinggi kandungan protin, sesuai dijadikan sebagai meal replacement.



 

Bagaimana Cara nak dapatkan suplimen set kurus shaklee?

Sila klik link ini 👇👇

www.wasap.my/60194668561/SetKurusShaklee

1 comment:

Followers