Saturday, 3 June 2023

BAGAIMANA MEMBINA KEYAKINAN DIRI

 Assalamualaikum wbt.

Hai semua.


Entri kali ini saya nak berkongsi kata-kata motivasi Yang selalu saya guna atau terapkan dalam diri dan para pelajar saya.  Bagaimana membina keyakinan diri terutama apabila hendak bercakap di depan orang ramai.

Ya, saya pasti semua orang tahu bercakap. Tetapi, sejauh manakah percakapan tersebut mampu atau tidak memberi kesan baik dan bermakna kepada orang lain khususnya orang yang mendengar.

Semua orang akan bermula dengan kosong, tidak belajar dan mencuba untuk bertindak. Pastinya belum dapat pengalaman kan.

Apa  itu  keyakinan diri?

Pastinya ianya bermula dengan Cara Kita mengenal diri sendiri terlebih dahulu.

Keyakinan diri ni berkait rapat dengan empat perkara,

1. Feeling of security

2.  Identity

3. Sense of belonging (boleh merasai)

4. Feeling of competence (tahu bakat/kelebihan masing-masing)

Keyakinan diri adalah bagaimana Kita melihat imej diri sendiri. Tak perlu kepada penilaian orang terhadap diri. Kita yang tentukan berapa tinggi nilai kita.

Ibaratnya, orang yang berani mencuba pasti ada pengalaman. Orang yang mencuba, akan ada 2 result iaitu berjaya atau gagal. Tapi sebaliknya, orang yang takut mencuba, hasilnya cuma satu.

 Hanya gagal.

Gagal sebelum melakukan perkara tersebut. Padahal mungkin peluangnya untuk berjaya sangat tinggi. Tetapi akibat ketakutan menguasai diri, berada dalam keadaan sentiasa gagal.

Nak nampak yakin,

- kena explore bakat sendiri.

- Keyakinan berkait dengan harga diri

- mempunyai imej yang positif

Kehidupan Kita sendiri sudah tentunya sangat meletihkan, lagi letih kalau Kita asyik berfikir tentang apa orang lain fikirkan ataupun yang tidak perlu Kita fikir, Kita fikir. 

Kita menjadi over thinking. Penat.

Nak mengharungi dunia fatamorgana, lebih lagi akhir zaman Yang wujudnya pelbagai pandangan dan fikiran. sebaiknya sentiasa raikan pandangan yang berbeza. 

"Dunia dan segalanya bersifat sementara. Hadapilah yang sementara dengan sederhana. Tidak ada yang kesusahan dan kesenangan abadi di sini. Di sini bukan syurga dan di sini juga bukan neraka!"

Pahrol Muhammad juoi

Bercakap bila perlu. Diam itu indah.

"Be confident", sangat perlu!

Tapi harus berhati-hati usah over confident, kerana perlakuan over confident akan merisiko kan diri untuk terlihat jahil. 

Jika tiada keyakinan, Kita tidak menikmati kehidupan sebab asyik tersinggung dengan kata-kata dan perlakuan orang.

Kata ibnu taimiyah, sesiapa yang tidak boleh masuk atau nikmati syurga dunia, tak boleh masuk ke syurga akhirat.

Apa-apa pun, Perlu ada keseimbangan.

Keyakinan tidak boleh terlalu rendah, tidak boleh juga over confident.

Seimbang.

Persoalannya, bagaimana nak bina Keyakinan diri?

✅ kena ada dan betulkan "belief system" iaitu taqwa. Tahu tujuan semuannya menghala kepada redha Allah.

✅ Dalaman kita, Iman taqwa

✅ Amalan hati (rohani)


Apa belief system seorang mukmin?

✅ mencari redha Allah

✅  yakin pada janji-janji Allah

✅ Nak sampai ke tahap meyakini dengan janji-janji Allah ni perlukan kepada pengalaman ataupun turun naiknya kehidupan sendiri. 

Contohnya: orang hanya ada duit RM50 dalam poket pada Bulan tersebut untuk beli makanan , tiba-tiba datang peminta sedekah. Dia beri sebahagiannya dengan yakin pasti Allah tolong berikan rezeki Yang lain.

Belief system terbina bukan dalam keadaan sekelip Mata, tapi proses Yang berterusan. 

1. Al fikru

Boleh tafsir dan memilih yang baik

2. Al wijdan

Respon yang betul, emosi suka, benci, menerima, menolak pada waktu yang sepatutnya.

3. Al iradah

Membentuk keinginan yang menghasilkan tindakan.

pancaindera ada lima adalah alat yang berfungsi untuk menangkap sesuatu yang ada dan dimasukkan ke dalam akal fikiran.

Ubah mindset/ ubah belief system. Baru datang yakin!

Keyakinan diri proses yang berterusan, bukan terjadi dalam sekelip Mata. 

Tak yakin bercakap depan orang ramai, maka kena lagi kerap bercakap jika ada peluang.

Tak yakin bagi pendapat, maka kena kerap bagi pendapat. Terima atau tidak, tidak mengapa.


No comments:

Post a Comment

Followers