Wednesday 10 May 2023

SAMBUTAN HARI RAYA DI SEKOLAH GAYA CIKGU-CIKGU


Assalamualaikum wbt.
Salam syawal.





Alhamdulillah, saya dan guru-guru yang lain sambut hari raya open house sakan di sekolah. Lagi meriah apabila disambut sekali dengan para pelajar.

Pelbagai juadah dan gaya baju mewarnai suasana, ada lemang ketupat, rendang, kuih raya,  laksa, soto dan banyak jenis lagi menu.

Menu makanan ditempah khas untuk para guru dan pelajar,  ada juga pelajar serta guru bawa daripada rumah. 

Alhamdulillah sedap dan kenyang! 😄
Semua hidangan sempat rasa kali ini. 

Saya pasti masih ada lagi yang buat majlis jamuan raya  untuk meraikan sanak saudara. Waktu sebeginilah Kita akan ambil kesempatan untuk eratkan silaturahim.

Tetapi pemakanan kena di jaga tau walaupun raya, makanan dan minuman yang manis-manis perlu dikawal dan elak untuk kesihatan yang berpanjangan.

Bagi saya, gabungan penjagaan kesihatan bermula daripada amalan pemakanan yang betul, senaman yang konsisten dan amalan suplimen yang betul.


Cikgu-cikgu yang riang ria 😆

 

No comments:

Post a Comment

Followers