Saturday, 28 April 2018

daripada makan sendiri terus jadi ahli ahli shaklee

Bismillah.

Subhanallah, masyaallah rindu dengan blog dekna (baca:saya la tu), sudah lama tak update entri. Bagai rumah tiada tuan.hehe.

Apa pun, kali ni dekna nak kongsi pengalaman terbaru dekna la pada tahun 2018 ni. Pada yang sedia maklum dekna memang pengedar shaklee. Dekna mula kenal shaklee pada tahun 2014, masa dekna tahun akhir di universiti. Dekna mahasiswa tahun akhir biasalah sangatla sibuk uruskan tesis penulisan akhir, sidang tesis, cari bahan kajian dan sebagainya.dekna juga pada masa yang sama kena buat praktikal sepanjang penulisan tesis. Waduh memang hebat la kesibukan tu, bagi yang pelik tentang sistem tu, dekna degrer pengajian islam di universiti Islam di Aceh, Indonesia.jadi memang tak sama la dengan sistem kat Malaysia.hehe. tapi best la dapat timba ilmu kat negara orang.

Ehem jadi memang sibuk, makan tak menentu.yelah buat tesis kadang tak makan tak minum takut idea lari.haha. makin lama tabiat tu jadikan badan dekna lemah tak bertenaga, nak stay up lama tengah malam tak boleh. Kulit memang toksah cakap la dekna tak peduli langsung nak pakai krim kat muka sepanjang buat tesis. Memang serabai.

Nak dijadikan cerita, tengah godek cari bahan tesis tu tergerak la hati nak cari produk supplement kesihatan apa2 jelah sebab masa tu tak target pun shaklee, maklumla belum tahu ada shaklee.huhu. jadi keluar la shaklee dekat carian google, wah memang terkenal produk ni, yela ramai review dan pengguna.

Jadi terus kaji dan kaji lagi tentang shaklee tu apa dan sebagainya. Apa produk yang ssesuai dengan dekna ni yang sokmo letih. Haa keluar la seketul esp shaklee. Wah memang tertarik.

Terus google apa itu esp shaklee dan untuk apa. Memang tertarik la. Sejak tu memang terus cari tapi dekna curious sikit la produk shaklee ni ada jual kat Aceh ke tidak ye. Sebab masa tu dekna memang dah tak sabar nak cuba esp tu. Cari punya cari alhamdulillah jumpa agen shaklee kat indonesia, yela kan dekna belajar di Aceh. Terus beli dan terus jatuh cinta. Rasa gembira la sebab badan rasa ringan, kulit jadi licin dan lembab.

Subhanallah memang rasa serasi dengan shaklee. Terus tengok macam mana nak jafi ahli shaklee. Dah jumpa dekna kebetulan dah tamat belajar balik Malaysia dan terus jadi ahli.

Sebab apa dekna buat keputusan macam tu? Sebab dekna dah rasa sendiri kesannya kat diri dekna.

Hampa semua kena la cuba, baru tahu betoi ke tidak apa dekna cakap ni

Apa pun terharu dekna dapat menulis dan jumpa blog dekna ni semula.huhuhu. ingat google dah padamkan.

Ala kullihal, dekna seorang guru dan pengedar shaklee.alhamdulillah


No comments:

Post a Comment

Followers