Thursday, 23 March 2023

RAHSIA BERTENAGA DAN LEBIH SIHAT DENGAN POLIFENOL?

 

Assalamualaikum wbt.

Salam ramadan


Pernah dengar tak polifenol?
Polifenol tu apa dan kenapa badan perlukan polifenol?

Dalam post kali ini, saya akan berkongsi matlumat berkaitan polifenol, seterusnya akan menjawab persoalan yang mungkin kita tertanya-tanya.

Polifenol ni kalau ikut istilah Sains, adalah kompaun bioaktif yang terhasil
Secara semulajadi dalam tumbuh-tumbuhan khususnya buah-buahan dan sayur-sayuran. 

Lebih mudahnya, polifenol ni ada antioksida yang berkuasa dan tumbuhan dan buah yang hasilkan sendiri.

Kalau kita nak dapatkan polifenol, maknanya kita kena makan buah-buahan dan sayur-sayuran Yang berbeza warna setiap hari. Sebabnya setiap buahan-buahan dan sayuran yang beza warna ada tahap kepekatan dan Jenis polifenol yang berbeza .

Makin banyak kita makan buah dan sayur daripada pelbagai Jenis warna, makin banyak jenislah polifenol yang kita akan dapat. 

Polifenol penting pada badan sebab :

1. Meningkatkan tenaga dan menguatkan otot.
Bantu menghasilkan lebih tenaga dan Mengurangkan keletihan. Otot pun lebih kuat. Orang yang kuat bersukan pun bagus ambil sebab boleh tingkatkan prestasi dalam bersukan atau bersenam.

2. Kulit kelihatan lebih muda.
Makin menua kulit akan ada garis-garis halus kat muka Kan. Tapi bila rajin ambil polifenol, garis halus dan kedutan dapat dikurangkan. Ini sebab polifenol bantu hasilkan kolagen kepada kulit untuk nampak lebih berseri dan awet muda. 

Kulit pun lembab tau, eh kulit sihat dan cantik daripada biasa 😊

3. Menggalakkan fungsi detox
Polifenol ni dapat tingkatkan fungsi organ detoks dan Bantu pecahkan lemak dengan lebih berkesan.

Bagi Yang nak diet, nak kurangkan berat ke berat yang ideal pun boleh ambil polifenol. 

4. Meningkatkan sistem imunisasi badan
Polifenol mempercepatkan tindak balas sistem imun terhadap jangkitan. Seterusnya bantu cepatkan proses pemulihan badan. 

5. Mengekalkan paras gula Yang sihat.
Polifenol bantu Mengurangkan paras gula dalam darah, tingkatkan toleransi glukosa dan meningkatkan kepekatan insulin. 

Bukan itu sahaja, polifenol bantu kekalkan tekansn darah Yang sihat dengan meningkatkan tahap kolesterol baik iaitu HDL.
Kolesterol jahat (LDL) akan dikurangkan.

6. Memelihara kesihatan sendi
Polifenol tingkatkan penghasilan kolagen pada tukang rawan dan sendi. Makin berusia, tubuh badanmula kehilangan kolagen. Seterusnya Mengurangkan keradangan pada sendi.

7. Meningkatkan data ingatan dan aliran darah ke otak.
Polifenol akan menggalakkan fungsi otak dan meningkatkan ingatan.

Tak nak cepat lupa, boleh ambil banyak bahan makanan yang Kaya polifenol dan omega yang baik.

8. Mencegah daripada sel yang tidak normal.
Banyak kajian dan penyelidikan menunjukkan fungsi polifenol dapat mencegah pertumbuhan sel Yang tidak normal. 

Sekarang lebih mudah, amal #ResVShaklee dan #VivixShaklee sebab keduanya ada kandungan polifenol yang sangat tinggi.

#polifenol
#kissptoject 
#shakleethrive2023 
#shaklee2023 
#shakleekedah
#ResVShaklee
#VivixShaklee





No comments:

Post a Comment

Followers