Friday, 24 March 2023

TIPS BERPUASA UNTUK IBU MENYUSU DAN KEKAL BERTENAGA

Assalamualaikum wbt.
Salam ramadan.

Momy-momy ok ke tu setakat ini?

Kak ina doakan semoga semua momy yang sedang berpuasa dan menyusukan baby tetap bersemangat dan bertenaga. 

Walau bagaimanapun, tak dinafikan ada juga yang pernah rasa ataupun pernah melalui keadaan macam ni kan.

 Lemau/lesu
Penat
Lapar sangat-sangat
Dehidrasi
Mengigil-gigil badan
Pedih perut

Ok, kak ina nak kongsi beberapa tip dan trick yang boleh momy amalkan sepanjang puasa bagi susu badan tetap meriah macam biasa.

1. Minum banyak air kosong pada waktu sahur, berbuka dan selepas berbuka. 
Bila susukan anak memang akan buat momy cepat rasa dahaga. Jadi, kena pastikan minum air cukup supaya esoknya tidak begitu terkesan apabila berpuasa.

Sebaliknya, bila badan momy tak cukup air mudah rasa letih sepanjang hari dan tak sihat.

2. Amalkan Cara pemakanan yang betul.
Momy boleh amalkan makanan yang rendah glisemik Indeks (GI). 
Kalau makan banyak daripada Sumber karbohidrat, Indeks glisemik tinggi yang mana akan terurai dengan cepat semasa penghadaman. 

Berbanding dengan makanan rendah GI, makanan lambat terurai semasa penghadaman dan seterusnya melepaskan glukosa secara perlahan-lahan beransur-ansur ke dalam darah.

3. Ambil suplimen tambahan.
Momy boleh usahakan cari suplimen untuk banyakkan susu dan kekal bertenaga di bulan ramadan.

Paling penting, momy kena faham setiap fungsi produk dan produk yang betul serta selamat.

4. Shake atau buat smoothie pada waktu sahur.
Sebagai tambahan kepada makanan sahur sedia ada, momy boleh tambahkan kalori dengan ambil smoothie.

Banyak smoothie boleh dibuat, pastikan yang rendah GI ya momy, seperti protin ini.

Momy boleh dapatkan Sumber protin rendah GI di sini ya.

#kissptoject 
#shakleethrive2023 
#shaklee2023 
#shakleekedah 
#SetMenyusu




 

No comments:

Post a Comment

Followers