Assalamualaikum,
hai semua!
Ini
saya, ismalina!
Pernah tak anda dengar tentang
penyakit bells palsy ni?
Anda pernah nampak tak muka orang
yang kelihatan senget, mulut dan hidung seakan tertarik ke bawah atau ke tepi?
Anda ada sejarah ahli keluarga
yang sakit bells palsy ni?
Sejujurnya kak ina sendiri pun
rasa asing lagi penyakit bells palsy ni, mungkin sebab sebelum ni tak ambik
berat sangat dan tak tahu pun penyakit macam ni ada.
Takpa, kita kaji sama-sama. Kot artikel
ni boleh membantu anda.
Bells palsy ni boleh berlaku
secara tiba-tiba. Contohnya, bangun pagi muka jadi senget tapi tak tahu kenapa.
Ramai juga yang mengidap bells palsy ni saban tahun yang berusaha mendapatkan
rawatan di klinik/hospital.
Adakah bells palsy ni bahaya?
Bells palsy ni akan menyebabkan
satu sisi muka seseorang menjadi lemah. Ini boleh berlaku kalau salah satu
saraf yang mengawal otot-otot di muka
menjadi rosak atau berhenti berfungsi. Kerosakan saraf ni biasanya berlaku
apabila saraf menjadi bengkak atau meradang sebab jangkitan virus.
Ramai orang boleh dipulihkan
sepenuhnya tapi ada sesetengah orang ada gejala bells palsy sepanjang hayat
mereka.
Tahukah anda bells palsy bukan
strok! Ya bukan sama sekali. Jadi take note ye.
Sebab ramai yang keliru dengan
tanda-tanda bells palsy ni sama macam strok kan.
Tanda-tanda bells palsy:
drooping satu mata dan satu sudut
mulut (senget).
Setengah orang menghidap bells
palsy akan kehilangan keupayaan untuk rasa di bahagian hadapan lidah mereka.
Sebahagiah lagi akan menjadi sensitif terhadap bunyi-bunyi kuat di sebelah yang
terjejas.
Tanda-tanda lain:
1- sukar makna dan minum
2- air liur meleleh
3- hidung seakan terjatuh
4- lidah mengeras
5- mata tak boleh kerdip dan
tutup.
Rawatan yang sesuai untuk pesakit
bells palsy:
1- rawatan untuk bahagian mata –
bells palsy kadang-kadang menjadikannya mustahil untuk menutup salah satu mata
mereka. Jika berlaku, penting untuk anda sentiasa lembab dan dilindungi. Kalau tak,
mata mereka boleh rosak. Doktor biasanya bagi eyedrop untuk melindungi mata. Mereka
harus sentiasa memakai sermin mata hitam di siang hari, dan patch pada waktu
malam.
2- ubat untuk mengurangkan
keradangan dan pembengkakan- ramai orang dengan bells palsy mendapat ubat yang
dipanggil steroid. Bukan ubat steroid yang biasanya diguna oleh atlet untuk
bina otot. Steroid ini dapat bantu menurunkan bengkak yang boleh sebabkan bells palsy.
3- ubat-ubatan yang membantu
melawan virus – bengkak yang menyebabkan bells palsy adalah virus.Jadi,
setengah orang mengambil “ubat antivirus” yang membantu mereka melawan
jangkitan.
Hubungi doktor atau dapat rawatan
segera di hospital jika anda mempunyai tanda-tanda bells palsy untuk pemulihan
yang pantas tanpa sebarang komplikasi.
Bagaimana nak dapatkan vivix?
Hubungi nombor yang tertera di
bawah untuk sebarang maklumat lanjut.
Cari
shaklee? Kak ina
Pengedar
shaklee changlun,kedah./ 019 4668561 (wassap/call)
Facebook:
isma amanina
Salam
mahabbah.
No comments:
Post a Comment